Nuffnang

Rabu, 25 Januari 2012

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


<b>Aqasha</b> Seronok Uruskan Alehandra

Posted: 22 Dec 2011 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

Emel syafiqah_jalal@digitalfive.com

KUALA LUMPUR, 22 DISEMBER 2011: Biarpun baru lebih 3 bulan bergelar ayah, namun pelakon dan penyanyi Firdee Aqasha Rosli atau Aqasha, 29, akui sudah bijak menguruskan puteranya, Alehandra Ahmad Firdee Aqasha tanpa bantuan sesiapa.

Malah Aqasha berkata, rutin hariannya kini juga sudah berubah sejak menerima kelahiran cahaya mata sulungnya pada 6 September lalu.

"Seronok jaga anak kecil dan jadi ayah. Disebabkan terlalu teruja, boleh dikatakan saya yang menjaga dan menguruskan Alehandra sepenuhnya.

"Lagipun, tiada salahnya membantu isteri kerana secara tidak langsung memberi peluang kepada saya untuk lebih dakat dan mengenali Alehandra.

"Tapi, sedikit sebanyak ianya telah mengubah rutin harian saya. Kalau dahulu saya banyak habiskan masa di luar rumah dengan kawan dan kerja tapi kini saya sukar untuk keluar rumah kerana Alehandra.

"Walaubagaimanapun saya sukakan perubahan ini kerana ia mengajar saya untuk lebih matang dalam hidup," katanya yang ditemui selepas sidang media Gemersik Kalbu, di Sri Pentas, kemarin.

Aqasha telah mendirikan rumahtangga bersama isteri tersayang, Noor Baizura Mohd Sabri, 27, pada 10 Oktober tahun lalu.

Sementara itu, menyentuh mengenai perkembangan terbarunya, Aqasha kini sedang menjalani penggambaran drama Gemersik Kalbu yang bakal bersiaran pada 2 Januari tahun depan.

Dalam drama tersebut, dia menggalas watak utama iaitu Sufian suami kepada Raihana yang diawakan oleh Ayu Raudah sebagai teraju utama Gemersik Kalbu.

"Ini kali pertama saya digandingkan bersama Ayu Raudah. Sebelum ini kami pernah bersama dalam satu produksi tetapi berbeza babak.

"Namun saya senang dan selesa sekali berlakon dengan Ayu kerana dia bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

"Mula-mula rasa kekok juga kerana masing-masing sudah berkahwin tetapi setelah selalu berbincang dan berlatih bersama di lokasi kami jadi serasi," tambahnya lagi.

Drama arahan Heykal Haniffah ini juga turut dibintangi oleh pelakon lain seperti, Fazreen Rafi, Anzalna, Zain Saidin, Dian P.Ramlee dan ramali lagi.

Gemersik Kalbu secara ringkas menceritakan mengenai Raihana yang kecewa seletah kematian mengejut tunang tersayangnya yang kemudian berkahwin dengan Sufian.

Mampukah cinta kembali berpututik dengan kehadiran Sufian yang begitu bersungguh-sungguh menjadikan Raihana sebagai permaisuri hatinya? Saksikan Gemersik Kalbu di TV3 setaip hari Isnin hingga Khamis mulai 2 Januari 2012, jam 7 malam.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan