Faizal Hussein - Google Blog Search |
<b>Faizal Hussein</b> Nasihat Pelakon Baru | :: DuniaKanToi.Com <b>...</b> Posted: 28 Nov 2011 10:31 PM PST Pelakon berbakat besar, Faizal Hussein, 44, menasihati pelakon baru dan lebih muda darinya agar tidak terlalu ghairah menerima setiap tawaran lakonan. Tegasnya, kadangkala disebabkan mengejar banyak tawaran lakonan menyebabkan seseorang pelakon itu menjadi letih dan sebab itu berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sesetengah artis. "Saya tidak melakukan banyak projek besar secara serentak sebaliknya mengatur masa dengan baik agar menyelesaikan setiap penggambaran satu per satu. "Saya akan memilih cerita yang menepati kriteria yang dicari dan selebihnya saya akan menolak," katanya. Pelakon yang telah melakonkan 25 buah filem seperti Abu Ya, Bunohan, Datin Ghairah, Pontianak Menjerit, Sate, Kanta Serigala dan Gila-Gila Remaja ini akui sangat seronok bergelar pelakon sejak menceburi bidang ini pada usia lima tahun. Suami kepada pelakon Suhaila ini juga tidak pernah dilanda kontroversi dan sering dilabelkan sebagai pelakon yang sopan-santun. "Saya seronok berlakon dan tidak pernah berselindung apa-apa. Saya bersyukur kepada Tuhan dengan rezeki yang diberikan dan akan kekalkan konsep bekerja. "Saya juga mementingkan mesej setiap filem dan drama yang dilakonkan. "Sebagai pelakon, saya menganggap diri saya sebagai pendakwah untuk menyampaikan sesuatu mesej itu. "Apabila saya diberi watak jahat, saya akan betul-betul menjadi jahat untuk sedarkan penonton," katanya yang pernah menerima anugerah Pelakon Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular 1993 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Gerak Khas The Movie II di Anugerah Skrin 2003. Related posts: |
You are subscribed to email updates from Faizal Hussein - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan