kumpulan Spider - Google Blog Search |
Posted: 29 Jan 2012 07:33 AM PST Blogging sambil tgk AJL. Dah lama tak tengok AJL. Last time tengok betul betul masa kumpulan Spider menang AJL lagunya Kekal. Ehhehe dah berapa tahun tu. Malam ni lagu yang sedap didengar adalah Sungai Lui and Awan Nano ;P Anyway not much going on last week. sibuk bekerja saja. Lepas office hour pun terus kerja uruskan online shop. Kadang kadang curi curi check email time office hour tapi susahla. Saya nak kumpul wang, tahun ni if Allah permits mahu beli rumah. Rumah cantik yang memiliki dapur impian saya. Mahu memasak dengan penuh perasaan. hehee Iya, today sibuk juga. Bangun pagi basuh baju kemudian terus ajak hubby pergi pasar pagi di stadium. Dah lama tak pergi sana, banyak benda baru (ye ke?) yang buat rasa nak beli. Selalunya cuci cuci mata dan beli barang barang murah, bawak RM 30 dah more than cukup. Nak dijadikan cerita rasa nak bawak extra sikit today and who knows memang jumpa sesuatu yang berkenan. Walaupun short RM 30 (hehehe sebab bawa cash & hubby pun ada sikit je cash) kakak jual baju sangat baik hati menjualkan baju kurung tersebut kepada saya ;) thank u kak semoga terus murah rezeki. Ok esok pagi ada updates baru di Sweet Like Marshmallow. Cekidaut cekidaut |
Penulis Lirik Awan Nano Ketua PKR Parit Sulong Rupanya... Posted: 30 Jan 2012 09:46 PM PST Muzik itu universal. Merentasi politik, ras dan keturunan. Itulah yang sering kita dengar. Bagi penulis, ada benarnya di situ. Kalau betul muzik ada sempadannya di negara ini, pasti orang UMNO dah tak nak dengar lagu nyanyian orang Pas dan orang Pas 'confirm' pijak-pijak CD penyanyi UMNO. Bercakap pasal perkara ini, rupa-rupanya lagu Awan Nano nyanyian Hafiz yang memenangi Anugerah Juara Lagu ke-26 kelmarin ditulis oleh Ketua PKR Cabang Parit Sulong, Johor, Nasmi Hashim. Tetapi untuk makluman anda, Nasmi yang menggunakan nama pena Buddhi Hekayat bukanlah namu baru dalam bidang ini. Sebelum Awan Nano, pemuda berusia 36 tahun ini pernah menulis lagu untuk kumpulan Spider berjudul 'Ajaib' dan banyak mempelajari tentang teknik penulisan lirik daripada arwah Loloq. Beliau juga banyak menghasilkan karya-karya untuk kumpulan muzik bebas selain mengisi ruang Sastera Budaya, Berita Harian (1998-2001), portal Kakiseni dan Jalantelawi.com. Nasmi bagaimanapun menegaskan nama pena Buddhi Hekayat yang digunakannya sekarang dalam bidang seni juga bukan bertujuan untuk menyembunyikan identitinya sebagai ahli politik daripada diketahui umum. "Saya akan lebih aktif dalam bidang seni. Bukan sebab kecewa dalam politik, tapi saya rasa waktu yang ditunggu-tunggu sudah tiba," katanya ketika ditemubual portal berita Mstar.com.my. Apapun penulis mengucapkan tahniah pada beliau atas kemenangan itu. Bab dia orang PKR tu lantak dialahkan, ini negara demokrasi, hak masing-masing untuk menentukan parti mana yang difikirkan baik untuk memerintah negara tercinta ini. Sebelum berpisah, apa kata kita layan lirik Awan Nano ni, puitis gak senikatanya kan? - Oleh SYAHRIL A. KADIR Awan Nano Lihat ke arah sana Pabila kau dahaga Begitulah awan nano Begitulah awan nano Kasihnya Awan kekasih sebenarmu sayang Lihat diriku ini Sehingga tak mungkin termampu saksi Akulah awanmu yang sedia Akulah awanmu yang sering kau rindu Kasihku Begitulah awan nano Begitulah awan nano Kasihku Berita Berkaitan: |
You are subscribed to email updates from kumpulan Spider - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan