Syamsul Yusof - Google Blog Search |
<b>SYAMSUL YUSOF</b> TUKAR JUDUL 'KL GANGSTER 2' ELAK <b>...</b> Posted: 14 Jan 2012 04:00 AM PST SYAMSUL YUSOF TUKAR JUDUL 'KL GANGSTER 2' ELAK PENONTON KELIRUPengarah filem Syamsul Yusof bercadang untuk menukar judul filem terbarunya, KL Gangster 2: Prekuel kepada KL Gangster 2: The Beginning bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan penonton yang kurang memahami maksud istilah 'prekuel' yang digunakan dalam filem tersebut. Syamsul berkata walaupun filem itu dinamakan KL Gangster 2, ia bukanlah kesinambungan atau sekuel kepada bahagian pertama filem itu. Sebaliknya, ia memaparkan bahagian pengenalan kepada KL Gangster (2011).
Syamsul berkata sekiranya dia mengekalkan istilah prekuel yang bermaksud bahagian pengenalan filem itu, penonton yang tidak memahami istilah itu akan mempersoalkan kewujudan semula beberapa watak yang sepatutnya sudah mati dalam KL Gangster yang ditayangkan pada tahun lalu.
|
Sipnopsis KL Gangster 2 - Arahan <b>Syamsul Yusof</b> | My Blog Santai Posted: 04 Dec 2011 09:25 AM PST kl gangster 2 | kl gangster 2 movie | filem kl gangster 2 | sipnopsis kl gangster 2 | syamsul yusof kl gangster 2 | Sipnopsis Filem KL Gangster 2 – Arahan Syamsul YusofFilem KL Gangster 2 adalah filem yang dinantikan oleh semua peminat perfileman melayu selepas kejayaan versi pertamanya KL Gangster yang berjaya memecahkan rekod kutipan panggung. Filem sambungannya ini yang baru sahaja bermula pengambaran 1 Disember yang lalu, sudah mula menjadi sebutan ramai. Kali ini mungkin lebih meletop lagi dengan kehadiran Rosyam Nor yang pernah dikenali sebagai hero nombor satu Malaysia satu ketika dahulu. Jika anda masih belum menonton atau sudah lupa dengan jalan cerita KL Gangster versi pertama, boleh baca entry ini >> Sipnopsis dan gambar filem KL Gangster << Sipnopsis Filem KL Gangster 2 – Arahan Syamsul YusofCerita ini mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek(Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu(Ku Faridah)mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka. Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa. Sementara itu,Tailong(Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tandukTailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Tailong. Pada masa yang sama, King(Riduan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof) King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak "tattoo" yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya. Bermulanya konflik dan dendam antara Malek danTailong. Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya? Pelakon Utama
|
You are subscribed to email updates from Syamsul Yusof - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan