Nuffnang

Rabu, 8 Februari 2012

Saiful Apek - Google Blog Search

Saiful Apek - Google Blog Search


<b>Saiful Apek</b> Tidak Bersaing Dengan Nabil, Johan | Al-Ziyad News

Posted: 13 Jan 2012 06:36 PM PST

KUALA LUMPUR – Meskipun bidang lawak jenaka melahirkan ramai pelawak generasi baru tetapi pelawak senior seperti Saiful Apek tidak menganggapnya namanya sudah tenggelam, sebaliknya dia akan terus bersaing dalam bidang tersebut.

Menurut pemilik nama sebenar Mohd Saiful Azam Yusof ini, dia juga tidak menganggap pelawak baru seperti Nabil dan Johan Raja Lawak yang berlakon bersamanya dalam filem Bujang Terlajak Belum Terlambat arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen sebagai pesaingnya.

"Bagi saya, tidak timbul isu pelawak baru atau lama kerana setiap orang ada peminat masing-masing. Kami juga saling bekerjasama dalam filem itu," komennya ringkas sewaktu diajukan persoalan itu selepas pratonton filem tersebut di sini baru-baru ini.

Menerusi filem Bujang Terlajak Belum Terlambat terbitan Line Clear Motion Pictures itu, Saiful merupakan pelawak paling senior di mana namanya dikatakan agak tenggelam sejak kebelakangan ini apabila munculnya ramai pelawak generasi baru.

Namun, pelawak yang dilahirkan daripada pertandingan Sinaran Passport Kegemilangan di TV3 pada awal tahun 1990-an ini menafikan perkara itu kerana katanya sehingga kini dia masih mendapat banyak tawaran berlakon filem dan drama.

"Bujang Terlajak Belum Terlambat adalah filem ke-10 lakonan saya di bawah araha A. Razak Mohaideen dan itu tidak termasuk dengan pengarah lain. Saya akan terus berlakon selagi ada permintaan. Selagi hayat dikandung badan saya akan berjuang dalam bidang ini," ujarnya.

Bujang Terlajak Belum Terlambat yang akan ditayangkan di 75 pawagam seluruh negara mulai 19 Jnauari ini mengisahkan tiga jejaka lakonan Saiful, Nabil dan Johan yang cuba memikat hati seorang gadis jelita lakonan Fazura.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan