Aaron Aziz - Google Blog Search |
<b>Aaron Aziz</b> Tubuh Yayasan Kanak-kanak Terbiar Posted: 01 Mar 2012 02:32 AM PST berita | Tempatan Teks Oleh: zyzamani Emel: zyzamani22@gmail.com KUALA LUMPUR, 1 MAC 2012: Tersentuh dengan nasib kanak-kanak terbiar, pelakon kacak, Aaron Aziz, berhasrat untuk memiliki yayasannya sendiri bagi memberi perlindungan kepada golongan kurang bernasib baik. Niat tersebut telahpun lama diimpikan Aaron Aziz dan kini dia bersyukur kerana langkah untuk merealisasikannya sudah mula direncanakan. "Saya tersentuh apabila melihat kanak-kanak terbiar tanpa tempat perlindungan. "Sudah lama saya simpan hasrat tersebut dan pada mulanya saya tergerak hati untuk membina masjid untuk mereka. "Apabila difikirkan semula, lebih elok sekiranya saya membina yayasan yang mana boleh dijadikan tempat mereka berlindung," katanya kepada portal murai.com.my mengenai impian murninya itu. Menyambung perbualan, kata pelakon utama filem Ombak Rindu itu lagi, proses perbincangan dengan pihak yang berkaitan telahpun dimulakan. "Proses untuk membangunkan yayasan ini telahpun mula digerakkan secara perlahan. "Saya telah mengadakan perbincangan dengan orang yang sewajarnya dan kini saya berharap agar perkembangannya kelak lebih positif dan dapat direalisasikan dalam masa yang ditetapkan,"katanya yang membesar tanpa kasih sayang ayahnya setelah meninggal dunia ketika dia berusia setahun. Beralih perbualan kepada kerjaya seninya, Aaron berkata, buat pertama kalinya peminat kelak dapat melihat sisi lain dirinya apabila dia berduet bersama artis naungan syarikatnya sendiri iaitu Aaron Aziz Production, iaitu kumpulan Sleek. Bukan bermaksud mahu menjadikan bidang tersebut sebagai keutamaan, kata Aaron tindakannya itu dilakukan sebagai satu penghargaan buat keluarganya. Menariknya, apabila dia sendiri menulis lirik buat lagu Salam Semua yang ditujukan kepada isteri serta anak-anaknya. "Saya tulis lirik lagu itu yang menceritakan pengorbanan saya dalam merealisasikan impian untuk bergelar pelakon. "Berjauhan dengan keluarga serta kesusahan yang saya lalui sebelum mengecapi apa yang ada pada hari ini. "Apa yang istimewa, saya turut selitkan juga nama anak-anak saya supaya mereka gembira apabila mendengar nama mereka dinyanyikan oleh ayah sendiri,"katanya. |
You are subscribed to email updates from Aaron Aziz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan