Nuffnang

Selasa, 6 Mac 2012

Farawahida - Google Blog Search

Farawahida - Google Blog Search


<b>Farawahida</b> mahu kahwin Mr R

Posted: 02 Feb 2012 04:56 PM PST

Penyanyi Farawahida merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya bersama jejaka misteri yang hanya dikenali sebagai Mr. R pada penghujung tahun ini. Pasangan ini dilaporkan menjalinkan hubungan serius sejak empat tahun yang lalu.

"Kami sudah lama berkawan, tetapi saya belum bersedia untuk mendedahkan siapa kekasih saya. Cukuplah saya gelarkannya Mr. R .

"Saya serasi dengannya dan saya lihat hubungan kami semakin berkembang dengan positifnya dari hari ke hari.

"Disebabkan itu jugalah, saya pernah merancang untuk berkahwin pada tahun ini. Itupun selepas mengenangkan usia saya yang bakal mencecah 27 tahun.


"Tetapi bila muncul 2012, perancangan itu seperti semakin pudar kerana masing-masing sedang sibuk dengan kerjaya dan mahu menstabilkan ekonomi diri.

"Namun jika ada jodoh, kami bercadang untuk menuju ke gerbang perkahwinan pada penghujung tahun ini juga," katanya ketika dihubungi murai.com.my.

Sudah mula mengenali Mr. R sejak di bangku sekolah, Farawahida turut mendedahkan bahawa jejaka tersebut bekerja di sebuah klinik swasta.

Belum menetapkan tarikh yang sesuai untuk hari bahagianya itu, tambah Farawahida dia akan memulakan dengan adat bertunang terlebih dahulu sebelum diijabkabulkan.

"Kalau ikutkan, saya tidak suka ada terlalu banyak majlis. Biarlah kita jalankan saja majlis yang wajib sahaja iaitu akad nikah.

"Tetapi disebabkan keluarga saya mahu kami ikut adat, saya akan adakan majlis bertunang dahulu sebelum berkahwin.

"InysyaAllah, jika tiba masanya nanti saya akan umumkan juga.

"Jika tidak tahun ini saya akan pastikan sebelum usia 30 tahun saya sudah bergelar isteri," luahnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan