Aaron Aziz - Google Blog Search |
<b>Aaron Aziz</b> Bengang - Koqin's World Posted: 05 Mar 2012 05:27 PM PST Pembatalan konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu pada minggu lalu rupa-rupanya masih lagi belum reda. Terbatalnya konsert Erykah yang dikatakan banyak mengundang kontroversi dan menyentuh sensitiviti agama Islam dan nilai-nilai budaya Malaysia selepas tersebarnya gambar Erykah yang bertatukan kalimah Allah menerima maklum balas meluas dari ramai pihak. Malah, terdapat juga segelintir artis-artis tempatan yang berang apabila pembatalan konsert Erykah itu tidak disiasat dengan terperinci dan dikatakan tindakan dengan berpandukan gambar Erykah itu tidak berasas. Terbaru, aktor kacak, Aaron Aziz seperti 'naik angin' apabila lakonannya dalam filem Ombak Rindu turut dikaitkan dengan pembatalan konsert penyanyi luar negara itu. Di dalam laman sosial Twitter, Aaron dikatakan kecewa apabila terbaca status yang ditulis oleh peminat-peminat konsert Erykah yang banyak mengaitkan dan membuat persamaan tentang filem Ombak Rindu dengan kontroversi Erykah. Secara terang-terangan, peminat fanatik tersebut menyatakan Erykah yang bertatukan Allah terus dikecam dan dilabel sebagai 'haram' manakala, aksi-aksi dalam filem Ombak Rindu seperti merogol, minum arak, perhambaan tidak menjadi 'haram'. "Erykah Badu with tattoo, haram.Ombak Rindu, misogynist sex slavery sado-masochistic love-rape film,halal. Cheers 4 hypocrisy!" tulis peminat itu yang diambil dari blog Beautifulnara.com. Mungkin terpukul dengan kenyataan Twitter peminat itu, Aaron terus membalas kenyataan itu dengan mempersoalkan apakah isu yang perlu dikaitkan antara filem Ombak Rindu dengan Erykah Badu. nuffnang_bid = "30252043895c866c59d1bb8d863497c7"; // ]]> |
You are subscribed to email updates from Aaron Aziz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan