Nuffnang

Jumaat, 9 Mac 2012

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


<b>Elly Mazlein</b> Tak Gentar

Posted: 04 Mar 2012 01:57 AM PST

Elly Mazlein tak gentar bergelar isteri? Elly Mazlein tak gentar sedikit pun untuk bergelar seorang isteri yang dijangka hujung tahun ini.

Elly Mazlein mengakui dia sebenarnya sudah lama bersedia untuk bergelar isteri kepada tunangnya, Azmi Hata dan ibu kepada dua bakal anak tirinya selepas mengikat tali pertuanangan selama setahun setengah.

Menurutnya pelakon drama Amukan Pocong ini berkata, persiapan perkahwinan mereka lebih 50% siap walaupun sibuk dengan kekangan masa dan komitmen kerja.

"Walaupun sibuk, kami tetap membuat persiapan perkahwinan yang dijadualkan akan berlangsung pada akhir tahun ini. Alhamdullilah, keluarga turut membantu untuk merealisasikan impian saya yang mahukan sesuatu yang indah di majlis perkahwinan nanti."

"Majlis nikah & resepsi dijangka akan diadakan di Bukit Kiara Ekuastrian Resort pada hari yang sama. Walaupun begitu, saya tetap ingin berserdahana," uajrnya.

Ketika ditemu bual ternyata terdapat sedikit kesan lebam di dahinya. Apabila ditanya mengenai hal itu, Elly menjawab dengan tersenyum bahawa ia adalah kecuaian dirinya sendiri yang terjatuh di lokasi ketika penggambaran sedang dijalankan. Darah yang keluar tidak banyak tapi cukup membuat semua krew kelihatan panik dan terus dibawa ke klinik.

Bagaimanapun tahniah diucapkan kepada Elly Mazlein yang tak gentar bergelar isteri hujung tahun ini.

Rating: 10.0/10 (3 votes cast)
Rating: +4 (from 4 votes)
Elly Mazlein Tak Gentar bergelar Isteri, 10.0 out of 10 based on 3 ratings

Tiada ulasan:

Catat Ulasan