Aliff Aziz - Google Blog Search |
KELUARGA ANNE NGASRI TERIMA <b>ALIFF AZIZ</b> | MummyNemo Posted: 29 Feb 2012 08:45 PM PST No of View :348 ![]() KUALA LUMPUR, 29 FEBRUARI 2012: Selepas status hubungan penyanyi, Aliff Aziz dan pelakon seksi, Zarina Anjoulie mencetuskan kontroversi, penyanyi kelahiran Singapura itu telah bijak mengalihkan tumpuan ramai berkenaan hubungannya bersama pelakon Anne Ngasri. Semuanya selepas Aliff Aziz mengaku kepada wartawan bahawa Anne Ngasri merupakan teman yang kini rapat dengannya sejak dia menetap di Malaysia. Namun, bagaimana pula pandangan Anne Ngasri mengenai hubungannya dengan Aliff Aziz? Anne yang dihubungi memberitahu, hubungannya dengan Alif hanyalah sekadar kawan rapat. "Kalau nak ikutkan saya memang tak selesa hendak mengulas lanjut mengenai perkara ini kerana takut disalah anggap. Namun saya cuba untuk perjelaskan apa yang perlu. "Saya dan Aliff memang berkawan rapat dan saya anggap dia sama seperti rakan artis yang lain. "Cuma saya akui, kami saling berhubung untuk bertanya khabar. "Lagipun saya faham, dia tiada keluarga terdekat di sini. Jadi dia suka cara saya yang kerap bertanyakan mengenai perkembangannya," jelas Anne. Menurut Anne lagi, sebagai seorang yang mengutamakan keluarga, dia juga sudah membawa Aliff berjumpa dengan keluarganya. "Saya juga akui, kami agak rapat sehinggakan keluarga kami pun tahu akan hubungan ini. "Kami telah berjumpa dengan keluarga masing-masing untuk mengeratkan hubungan silaturahim. "Bukan dia sahaja kawan yang pernah jumpa keluarga saya, malah ramai lagi kawan lain termasuk kawan perempuan yang saya bawa berjumpa dengan keluarga. "Saya bertindak demikian kerana hendak keluarga tahu dengan siapa saya berkawan. ![]() |
You are subscribed to email updates from Aliff Aziz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan