Nuffnang

Jumaat, 23 Mac 2012

aizat amdan - Google Blog Search

aizat amdan - Google Blog Search


<b>Aizat Amdan</b> Tubuh Band Go Gerilla!

Posted: 19 Mar 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 16 MAC 2012: Tidak lagi bergerak solo, penyanyi Aizat Amdan akui bakal tampil dengan sebuah kumpulan atau band baru yang diberi nama Go Gerila!

Namun kemunculannya bersama band yang dianggotai oleh enam orang ahli itu hanya bertujuan untuk menyertai pertandingan program realiti baru TV9 iaitu Versus.

Aizat berkata, dia amat teruja untuk mencuba sesuatu yang baru dalam persembahannya nanti demi bersaing dengan empat band yang lain iaitu 6ixth Sense, Hujan, Sofazr dan Black Parallax.

"Sebenarnya pertama kali dipanggil untuk menyertai pertandingan ini saya rasa janggal kerana saya sahaja penyanyi solo yang berada di dalam Versus manakala yang lain semua berkumpulan.

"Jadi saya meminta pihak TV9 untuk saya menubuhkan sebuah band dan dari situ tertubuhnya band Go Gerila!

"Saya sangat teruja sekali untuk beraksi kerana band ini akan membawa sesuatu yang baru dari segi gabungan setiap ahli. Malah mungkin genre yang kita bawakan juga akan berbeza.

"Lagipun saya sukakan konsep pertandingan ini kerana setiap kumpulan diberi kebebasan untuk berkarya mengikut kreativiti masing-masing ," katanya yang ditemui di sidang media Versus, di Publica Damansara, malam semalam.

Selain Aizat Amdan, enam lagi ahli kumpulan Go Gerilla yang akan menyertai Versus bermula 13 April ini adalah Anas Amdan, Amir Johari, Ruvi, Pito dan Ashraf.

Menerusi program realiti tersebut, kelima-lima kumpulan akan menonjolkan bakat kreativiti mereka menerusi gubahan lagu yang diberikan.

Bakal beraksi selama lapan minggu di pertandingan yang tiada penyingkiran itu, penyanyi lagu Sungai Lui berkata dia bakal mengekalkan band Go Gerila! jika mendapat sambutan peminat.

"Jika ramai yang sukakan gabungan kami biarpun selepas tamat pertandingan, saya tidak ada masalah untuk meneruskannya," tambahnya lagi.

Setiap penilaian bagi program realiti tersebut adalah melalui dua landasan iaitu sistem undian menerusi pesanan ringkas (SMS) dan juga pemarkahan daripada juri professional.

Juri professional yang terlibat adalah Jennifer Thompson selaku ketua juri dan Loque sebagai juri tetap serta seorang lagi juri jemputan mingguan.

Hadiah utama bernilai RM200,000 akan diberikan kepada juara pertandingan yang dihoskan oleh Hunny Madu dan Aidid Marcelo.

Born To Be Engineer | putra87®: Aquara KLCC Bersama <b>Aizat Amdan</b>

Posted: 18 Mar 2012 07:04 PM PDT

Tanx to @melakaboy for the awesome video!!! A once in a lifetime experience in a "Cage Rage" with Aizat Amdan

TQ DiGi for the sponsors, TQ RedRibbonDays for organising an awesome with a good one memories!!! More stories on the 6 hours experience coming to you!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan