Nuffnang

Ahad, 25 Mac 2012

Along Cham - Google Blog Search

Along Cham - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Along Cham</b> Duta Pertama Modenas - Gua.com.my

Posted: 21 Mar 2012 10:14 PM PDT

Layan dulu berita hangat di bawah:

26 Mar 2012, 12:01am

Konsert Battle Pertama untuk Kumpulan A berlangsung malam tadi di Auditorium MBSA, penuh dengan penonton. Berita mengenai Mentor 6 pada minggu ini

26 Mar 2012, 12:00am

Konsert kedua Mania telah berlangsung sebentar tadi. Menampilkan 5 lagi artis termasuk seorang lagi pemenang Hot Seats Mania, pentas Studio 1 Astro

26 Mar 2012, 12:00am

Pesona Bintang Sebut sahaja nama Ziana Zain, pasti anda semua membayangkan kelantangan wanita kelahiran Melaka ini melantunkan rangkaian lagu-lagu popular beliau. Anggapanmu, Madah

26 Mar 2012, 12:00am

"Saya tak puas hati. Bagi saya keputusan ini tidak adil sebab saya tak sempat nak tunjuk bakat saya lagi", ujar protege kepada

26 Mar 2012, 12:00am

Baru saja dua minggu konsert mingguan Mentor 6 berlangsung, salah seorang daripada mentornya, Ogy Ahmad Daud dikatakan telah menerima satu panggilan misteri

26 Mar 2012, 12:00am

Selepas bercerai pada tahun lepas, bekas suami kepada pelakon Nabila Huda, Zaidy Zailani memberitahu kepada program Melodi beliau kini ingin memulakan kehidupan

25 Mar 2012, 02:19pm

Dua minggu lalu, industri hiburan negara digemparkan dengan isu panas kes serta video lucah milik pelakon 'Karipap Karipap Cinta', Melia Aimiellia yang



Tupai - Portal Hiburan Terkini: Rezeki <b>Along Cham</b> bertambah murah!

Posted: 22 Mar 2012 08:37 PM PDT

Gembira dengan kejayaan "Adnan Sempit 2" yang telah mendapat kutipan RM6.8 juta selepas dua minggu ditayangkan di pawagam, rezeki aktor dan pelawak Along Cham bertambah murah apabila ditawarkan menjadi duta Modenas selama setahun.

Terharu dengan tawaran daripada jenama yang sinonim dengan dunia permotoran dan telah bertapak di Malaysia lebih kurang 17 tahun ini, Along juga merupakan orang pertama yang menjadi duta bagi produk tersebut.

"Saya bersyukur atas rezeki yang diberikan kepada saya. Malah penerbit David Teo turut membuka banyak peluang kepada sayang. Bagi saya, inilah rezeki keluarga," ujar Along ketika ditemui di majlis kesyukuran "Adnan Sempit" di Kelantan Delights, Subang Jaya baru-baru ini.

Ditanya apakah perasaannya apabila ditawarkan kontrak ini, pemilik nama sebenar Muhammad Nizamuddin Ahmad berkata, dia tidak mengambil masa yang lama kerana ia merupakan peluang untuk lebih dikenali ramai.


"Sebelum menandatangani kontrak, saya sudah teliti dari segi kelebihan yang dapat dicapai oleh semua pihak. Bagi saya, ianya sama rata dan tiada yang akan rugi. Walaubagaimanapun dari segi promosi, saya akan serahkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan," ujar pelawak berusia 29 tahun ini lagi.

Sementara itu Along baru sahaja selesai penggambaran filem terbarunya berjudul "Wawa Semput". Filem arahan Ismail Bob Hashim ini merupakan kesinambungan kisah percintaan Wawa (Yana Samsudin), Bobby (Along Cham) dan Ismat (Angah Raja Lawak) dalam filem "Adnan Sempit". Pada masa yang sama, penggambaran "Adnan Sempit 3" juga dijangka bermula pada 17 April akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan