Nuffnang

Ahad, 25 Mac 2012

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Feb 2012 06:03 AM PST


Lisa Surihani Sah Milik Yusry <b>KRU</b>

Posted: 23 Feb 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

Emel: syafiqah_jalal@digitalfive.com

Foto oleh cahayafotografik

PUTRAJAYA, 23 FEBERUARI: Cinta dua hati selebriti terkenal Lisa Surihani Mohamed, 26, dan Yusry Abdul Halim, 38, akhirnya bersatu dalam ikatan yang sah selepas selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya, kira-kira jam 9.05 malam tadi.

Malah dengan sekali lafaz, heroin filem Semerah Cinta Stileto itu sah menjadi milik salah seorang anggota kumpulan KRU tersebut.

Pasangan yang mengenakan busana putih bersih daripada rekaan butik Cosry itu telah dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.

Selesai sahaja akad nikah, LisaSurihani menerima sebentuk cincin bertatahkan berlian yang disarungkan ke jari manisnya oleh Yusry KRU bagi melengkapi upacara membatalkan air sembahyang.

Kemudian, Lisa yang bersalaman dengan Yusry yang kini sudah menjadi suaminya yang sah telah menerima kucupan mesra di dahinya.

Yusry juga menyerahkan seutas rantai, selain tujuh dulang hantaran berupa tepak sireh, cincin, rantai platinum, wang hantaran, manisan dan kek perkahwinan.

Manakala, pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran berbalas daripada pihak perempuan berupa tepak sireh, sebentuk cincin, coklat, keyboard, kelengkapan sembahyang, baju, koleksi album lama The Beatles, dan kek.

Majlis akad nikah yang ringkas dan manis itu telah dihadiri kurang 250 orang tetamu. Mereka yang hadir terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, sahabat handai serta rakan media.

Selepas majlis akad nikah, pasangan merpati dua sejoli itu bakal diraikan dalam majlis resepsi yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya, pada 26 Februari ini.

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Mar 2012 07:22 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Sebuah kumpulan yang dinamakan MOJO merupakan sebuah 'Super-Band' terbaru daripada KRU Music gabungan 4 orang pemuzik berpengalaman. Ahli ku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan