Nuffnang

Rabu, 14 Mac 2012

Diana Amir - Google Blog Search

Diana Amir - Google Blog Search


7 Petala Cinta Buka Hati <b>Diana Amir</b>

Posted: 13 Mar 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 13 MAC2012: Pelakon, Diana Amir akui selepas berlakon dalam filem yang bergenre romantik Islamik, 7 Petala Cinta, hatinya ketika itu mula tergerak untuk memakai tudung dan berhijrah.

Malah, dia yang melakonkan watak wanita bertudung litup bernama, Hilma Aqila dalam filem terbitan Metrowealth (MIG) tersebut sempat menyatakan hasratnya untuk bertudung kepada pengarah filem itu iaitu Azahari Zain.

"Ketika mula penggambaran filem ini pada awal tahun lepas, saya belum mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya.

"Namun selepas menjalani penggambaran filem itu, saya mula selesa dan tergerak hati untuk berhijrah.

"Saya ada menyatakan hasrat tersebut kepada Azahari dan dia pun memberi respon yang baik walaupun agak terkejut pada mulanya.

"Walaubagaimanapun,selepas habis penggambaran filem tersebut, saya masih lagi belum berhijrah sepenuhnya sehinggalah saya benar-benar bersedia pada September tahun lalu," katanya yang ditemui selepas tayangan prebiu filem 7 Petala Cinta di Subang.

Selain Diana Amir, 7 Petala Cinta yang bakal menjengah pawagam pada 15 Mac ini turut dibintangi oleh Aeril Zafrel dan seorang pendatang baru, Shima Anuar sebagai pemegang watak utama, selain Fizo Omar sebagai watak sokongan.

Menyambung perbualan, Diana Amir memberitahu wataknya dalam filem berkenaan sentiasa murung dan terpaksa memendam perasaan.

"Dalam filem tersebut, bukan sahaja saya setiasa bertudung, tetapi saya terpikat dengan penceritaannya yang menitipkan nilai-nilai agama dan bacaan ayat suci al-Quran.

"Selain itu, watak saya juga banyak menuntut saya untuk menangis dan bersedih sahaja,"jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Diana yang baru sahaja habis penggambaran drama Dayana untuk siaran TV9 memberitahu dia kini banyak menerima undangan untuk menjadi panel untuk forum agama.

"Saya kini banyak habiskan dan luangkan masa dalam aktiviti berdakwah juga. Saya bukanlah memberi dakwah secara terbuka tetapi lebih kepada menceritakan pengalaman saya sebelum dan selepas berhijrah.

"Saya suka mengikuti forum agama seperti itu kerana secara tak langsung saya dapat juga menambah ilmu agama dan mendengar ceramah daripada panel atau ahli ulama lain.

"Biasanya saya akan menjadi panel untuk forum yang diadakan di pusat pengajian tinggi dan Masjid," tambahnya lagi.

Secara ringkasnya 7 Petala Cinta mengisahkan seorang yang berada dalam kejahilan, Attar (Aeril Zafrel) yang bertemu dengan seorang guru di Madrasah Qalbun Salim iaitu Aby Ikhwan (Ustaz Dini) untuk mengajarnya mengenai Islam.

Dalam diam, Attar mengimpan perasaan terhadap Saidatul Nafisa (Shima Anuar) namun dia redha pada awalnya apabila Saidatul sudah bertunang dengan Hamka (Fizo Omar). Tanpa diduga, musibah telah berlaku dan Hamka meninggal dunia.

Manakala Hilma Aqila (Diana Amir) adik kepada Hamka turut menaruh hrapan pada Attar namun terpaksa memendamnya demi kebahagiaan Saidatul.

Dapatkah Saidatul Nafisa dan Attar bersatu?Saksikan 7 Petala Cinta untuk mengetahui kesudahannya mulai 15 Mac ini di pawagam tempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan