Nuffnang

Jumaat, 2 Mac 2012

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


RAHSIA KECANTIKAN <b>ERRA FAZIRA</b> | MummyNemo

Posted: 01 Mar 2012 10:30 PM PST

No of View :72
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

KUALA LUMPUR, 1 MAC 2012: Kecantikan dan paras yang dimiliki bekas ratu cantik dan model ini telah melayakkan Erra Fazira diangkat menjadi duta jenama baru Estee Lauder Malaysia.

Dia yang juga pelakon popular berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan petua kecantikan yang diamalkannya serta pengalaman bersama Estee Lauder.

Bagi Erra Fazira, kecantikan bererti memiliki kulit yang bersih dan segar. Bukan sekadar fizikal kerana bagi aktres popular itu, kecantikan bererti cantik di dalam dan juga di luar.

Ibunya juga pernah berpesan supaya meminum air secukupnya, mendapatkan waktu tidur yang betul dan sentiasa gunakan produk yang sesuai untuk kulit muka.

Jelas Erra Fazira, antara memori terawalnya bersama Estee Lauder telah bermula sejak dia kecil lagi.

Apatah lagi, ibunya juga antara peminat setia barangan Estee Lauder dan secara semulajadi Erra turut terikut memilih jenama ini untuk dipakainya.

Kini Erra diangkat menjadi duta jenama kecantikan Estee Lauder Malaysia dan ia sudah cukup membanggakan.

"Saya berasa bangga apabila dipilih sebagai duta jenama Estee Lauder Malaysia. Estee Lauder adalah jenama kosmetik terkemuka yang menawarkan pelbagai produk unggul untuk wanita pelbagai kaum dan gaya.

"Produk Estee Lauder amat sesuai untuk kulit saya. Saya yakin terhadapnya dan saya gunakannya setiap hari. Ini merupakan peluang terbaik buat saya untuk memberitahu setiap wanita mengenainya," komen Erra sebagai duta baru Estee Lauder Malaysia.

Erra juga teruja kerana berpeluang berkongsi pengalaman dengan para peminat dan wanita Malaysia.

Malah dia berharap agar dapat memberikan inspirasi kepada lebih ramai wanita supaya mengamalkan rejim kecantikan yang sihat, sebagaimana yang dikatakan oleh Puan Estee Lauder " Anda hanya miliki satu wajah, jaga wajah anda".

Erra juga berkongsi sedikit petua dan rutin penjagaan kulit yang diamalkannya.

Katanya pada waktu siang dia akan mencuci muka, sapukan toner, serum, pelembab dan sunblock.

Pada waktu malam pula dia akan pastikan keseluruhan mukanya berada dalam keadaan yang bersih daripada sebarang makeup. Sesekali ada juga dia menggunakan masker jika merasakan kulit harus dimanjakan.

Namun pada waktu siang atau malam, Erra tidak pernah tinggal untuk menggunakan produk kegemarannya iaitu serum Advanced Night Repair untuk sentiasa mebuatkan kulit lembap dan nampak muda.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

Jika mempunyai masa yang terluang, Erra tidak akan menolak untuk berkunjung ke spa bagi mendapatkan rawatan tambahan.

"Saya tidak pernah menolak peluang ke spa, rawatan kuku dan facial. Bila saja saya perlukan rawatan kecantikan segera, saya kunjungi Estee Lauder Skincare Center di Metrojaya Mid Valley untuk rawatan facial.

Pakar-pakar terapinya sangat profesional hinggakan saya terlena dalam keadaan penuh relaks semasa mendapat rawatan facial," ujar Erra yang ternyata berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan Estee Lauder.

Antara rahsia yang membuatkan dia sentiasa terlihat cantik adalah cara diet yang diamalkannya.

"Saya pastikan saya minum air secukupnya dan kurangkan makanan bergoreng. Tetapi baru-baru ini saya temui CyberWhite Extra Intensive BB Creme Estee Lauder.

"Produk ini sungguh menakjubkan, ia menjadikan kulit wajah saya kelihatan mulus dalam sekelip mata.

"Ia juga membantu meratakan tona kulit saya dan meninggalkan seri bercahaya.

"Bukan itu sahaja, ia membantu pengeluaran sebum dan menjadikan bedak asas tahan berjam-jam lamanya," katanya lagi.

Erra yang turut menggemari Lipstik Pure Color Sensuous Rouge Estee Lauder ternyata berpuas hati kerana ianya mudah disapu dan menyerlahkan bibir mengikut kemahuannya.

Kata Erra lagi, rasanya yang kaya dan terasa lembut pabila disapu pada bibir dan warna kegemarannya adalah Sensous Nude.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan