Nuffnang

Jumaat, 2 Mac 2012

kumpulan Spider - Google Blog Search

kumpulan Spider - Google Blog Search


Tam <b>Spider</b> bergerak solo | Koletsy

Posted: 29 Feb 2012 05:46 PM PST



TAM akan muncul solo tanpa ahli kumpulan Spider? Itulah yang akan cuba ditampilkan Tam Spider atau nama sebenarnya Rustam Mustafa, 39, apabila bakal muncul solo tanpa ahli Spider yang lain pada tahun ini dengan membawakan imej dan genre muzik yang baharu.
Tam juga akan tampil dengan sisi yang cukup berbeza berbanding ketika bersama kumpulan Spider dahulu. Persoalan yang bermain di minda, kenapa Tam mengambil keputusan bergerak solo? Adakah kerana sambutan terhadap grup itu yang hampir tidak dipedulikan telah membuat Tam mengambil keputusan untuk meneruskan kelangsungan hidupnya sebagai seorang penyanyi secara solo.
Bertemu dengan lelaki yang tak makan dek usia itu di Studio Luncai Emas milik Datuk M. Nasir di Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini, Tam mengakui, keputusan untuk bergerak solo bukan kerana perbalahan yang berlaku di antara dirinya dengan ahli-ahli Spider lain. Sebaliknya dia teringin untuk mencuba dan mengikut arus peredaran penyanyi berkumpulan yang bergerak solo seperti Awie Wings dan Amy Search.
"Saya sudah terlalu lama dengan Spider. Teringin juga nak ikut arus peredaran seperti artis berkumpulan yang bergerak solo.
"Saya ambil keputusan bergerak solo ini bukan mudah. Kena fikir semua aspek. Saya tahu banyak cabaran baharu yang perlu ditempuhi dan banyak juga benda baharu yang perlu saya terokai apabila muncul solo tanpa ahli kumpulan kelak," ujarnya yang sudah mengumpul lagu-lagu yang bakal dimuatkan dalam albumnya nanti.
Ditebak soalan sama ada dia akan membawa genre rock seperti yang dibawanya bersama Spider, Tam yang juga merupakan penggubah lagu itu masih tidak tahu genre muzik apa yang akan dipilihnya.
"Lagu sudah ada cuma kena pilih sahaja tetapi sehingga kini saya masih tidak tahu genre apa yang harus dipilih. Apa yang pasti, kemunculan solo saya nanti adalah berbeza sama sekali dengan diri saya semasa dengan Spider," ungkapnya yang gembira kerana rakan-rakan di dalam Spider memberi sokongan penuh kepadanya untuk muncul solo.
Malah celah Tony, Napi dan Ayie ketika Tam ditemu bual Kosmo!, mereka tidak sabar melihat Tam muncul solo nanti.
Tanpa berselindung, penyanyi Rela Ku Pujuk itu juga mengakui, terpaksa membuang perasaan malu ketika muncul solo nanti.
"Memang sangat berat bila fikirkan macam mana keadaan saya bergerak solo nanti. Tapi saya kena biasakan. Sebab, saya memang teringin untuk merasai bagaimana perasaan menyanyi solo tanpa ahli kumpulan," jelasnya yang juga merancang untuk berduet bersama penyanyi Aizat dan Alyah.
Tidak bermakna apabila Tam muncul solo kelak dia akan meninggalkan terus rakan-rakan Spidernya. Malah, sudah ada sesuatu yang dirancang Tam bersama rakan-rakannya.
Bagi Tam, keutamaannya masih dengan kumpulan Spider. Malah, dia juga mengakui, sedikit sebanyak kemunculan solonya nanti juga akan membantu menaikkan nama kumpulan Spider.
Bercerita tentang projeknya bersama kumpulan Spider, ungkap Tam, bulan April tahun lalu, Spider sudah muncul dengan album baharu berjudul KitaSatu.
Malah lagu single ketiga mereka, Tapi Bagaimana sedang diputarkan di corong-corong radio dan juga digunakan untuk runut bunyi drama bersiri Vanila Coklat.

Tam <b>Spider</b> Kini Bergerak Solo? Album <b>Spider</b> Kurang Sambutan <b>...</b>

Posted: 29 Feb 2012 04:50 PM PST

Siapa tidak kenal kumpulan Spider? Jika ada yang tidak mengenali nampaknya anda bukanlah pendengar lagu-lagu melayu yang sejati kerana kami pasti semua orang akan tahu lagu "Rela Ku Pujuk" nyanyian kumpulan ini.

Kami mendapat berita bahawa Tam Spider akan bergerak solo dan sedang giat mengumpulkan meterial untuk album solo pertamanya. Album ini akan berada dipasaran pada tahun ini juga dan akan membawa satu perubahan baru dalam imej dan genre lagu. Sesuatu yang pastinya ditunggu oleh peminat Tam seperti kami.

Namun Tam menafikan keputusannya untuk bergerak solo berpunca daripada perbalahan yang berlaku di antara dirinya dengan ahli-ahli Spider lain. Sebaliknya Tam teringin untuk mencuba dan mengikut arus peredaran penyanyi berkumpulan yang bergerak solo seperti Awie Wings dan Amy Search. Jelas Tam,

"Saya sudah terlalu lama dengan Spider. Teringin juga nak ikut arus peredaran seperti artis berkumpulan yang bergerak solo.

"Saya ambil keputusan bergerak solo ini bukan mudah. Kena fikir semua aspek. Saya tahu banyak cabaran baharu yang perlu ditempuhi dan banyak juga benda baharu yang perlu saya terokai apabila muncul solo tanpa ahli kumpulan kelak,"

Berbalik pula kepada album terbaru Spider "KitaSatu" yang kurang mendapat sambutan, anggota Spider merasakan kurangnya promosi adalah faktor utama kurangnya sambutan. Menurut Tam,

"Sebagai artis kami memang mengharapkan promosi. Memang promosi untuk album baharu Spider KitaSatu kurang. Kami rasa mungkin pihak promosi anggap nama kumpulan Spider sudah kukuh jadi tidak perlu melakukan promosi yang gempak,"

Walaubagaimanapun, kami di Wassupz! merasakan kehadiran Tam sebagai artis solo dapat menaikkan lagi nama Spider selagi Tam dikenali dengan nama Tam Spider. Kami sudah dengar album KitaSatu, hampir semua lagu mereka kami suka seperti album-album lepas. Kali ini lagu KitaSatu (ost drama Cinta Elysa), Tapi Bagaimana (ost drama Vanilla Coklat) merupakan lagu pilihan kami.

Rujukan: Kosmo


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • lagu baru spider 2012
  • youtube lagu yusri untuk lisa

Tags: , , ,

Category: Wassupz! Tempatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan