Nuffnang

Khamis, 29 Mac 2012

Fouziah Gous - Google Blog Search

Fouziah Gous - Google Blog Search


Confirm <b>Gous Fouziah</b> love with Datuk Seri | Eyulily.com

Posted: 28 Mar 2012 09:16 PM PDT

class="story_image center; style="width:299px">  Fouziah Gous

<b>Fouziah Gous</b> Ugut Bunuh Penulis? | OHBULAN!

Posted: 28 Mar 2012 11:02 PM PDT

Fouziah Ghous dipercayai telah menulis satu kenyataan berbaur ugutan bunuh sebagai respon kepada seorang wartawan yang menyiarkan artikel bertajuk Fouziah Gous Sahkan Berkasih Dengan Datuk Seri di laman Twitternya sebentar tadi.

Kenyataannya yang berbunyi, "I nak bunuh penulis ni plz help me….jom ramai2 sbb die sy pening", telah menimbulkan polemik dikalangan peminatnya sama ada itu adalah satu ugutan sebenar atau hanya sekadar gurauan.

Bagaimanapun, OHBULAN! mendapati kenyataan tersebut adalah satu gurauan Fouziah Gous yang ditujukan kepada wartawan tersebut. Isunya, adakah Fouziah Gous tidak menimbang cara sama ada kenyataan sebegitu boleh disalahtafsir oleh peminatnya yang berjumlah hampir 130 000?

OHBULAN! harap kesilapan sebegini tidak diulangi oleh mana-mana selebriti tempatan kerana ia boleh menjurus kepada tindakan yang lebih serius.

Memetik kenyataannya sebelum ini terhadap wartawan tersebut, Fouziah telah mengesahkan spekulasi mengenai keintimannya dengan seorang ahli korporat berstatus duda yang bergelar Datuk Seri.

BERITA ARTIS - <b>Fouziah Gous</b> Alami Pengalaman Menakutkan <b>...</b>

Posted: 29 Mar 2012 09:10 AM PDT

"Saya rasa macam di neraka," ujar pelakon popular, Fouziah Gous berkongsi mengenai pengalamannya berlakon dalam filem seram, 'Hantu Bukit Cina' kira-kira dua tahun lepas. Fouziah ketika ditemui pada majlis sidang media filem tersebut di Restoran Michaelangelo's Pavilion, baru-baru ini memberitahu mengalami pelbagai kejadian menakutkan sepanjang menjalani penggambaran filem terbitan Awards Maker Sdn Bhd itu.

"Saya dah banyak shooting filem seram tapi ini merupakan filem seram yang paling mencabar pernah saya berlakon. Dulu saya ingatkan benda-benda ini tak wujud, tapi lepas alami semua perkara itu, saya dah percaya sekarang," ujar Fouziah yang memegang watak sebagai Jo dalam filem ini.

"Sepanjang dua minggu menjalani pengambaran di sebuah rumah yang terletak di Tumpat, Kelantan, saya rasa macam berada di neraka. Pelbagai pengalaman takut dan seram yang saya alami. Kejadian pelik ini mula berlaku bila salah seorang pelakon menari tarian Menora. Sejak itu, selama dua hari berturut-turut perkara seram berlaku.

"Bila saya duduk sebelah pelakon tersebut, saya rasa seram sejuk. Malam-malam dia akan muntah dan kadangkala mata dia merah seperti dirasuk. Benda ini berjangkit-jangkit pada pelakon dan juga kru produksi. Macam-macam masuk antaranya Raja Laut dan Puteri Saka. Selain itu, entah dari mana, tiba-tiba ada kambing datang. Malah, 'benda' itu juga melaga-lagakan kami," ujar Fouziah yang kini sibuk menjalani penggambaran drama 'Trilogi Cinta'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan