Lisa Surihani - Google Blog Search |
Resepsi Perkahwinan Yusri-<b>Lisa Surihani</b> | Oh! Artis | Dunia Gosip <b>...</b> Posted: 27 Feb 2012 04:13 PM PST 1 step to become a great reader: Hantar ke Twitter! | Share
Namun di sebalik kemeriahan itu, wajah Yusri dan Lisa agak kurang berseri. Mungkin kerana keduanya letih dengan majlis yang memerlukan sepenuhnya masa mereka. Lebih-lebih lagi artis, pasti penuh dengan temubual dan fotoshoot. Namun begitu keduanya tetap sama cantik sama padan. Bertemakan konsep ala 'French Vintage', yang diinspirasikan daripada Marie Antoinette (Ratu Perancis) oleh KS Entourage, Lisa kelihatan anggun dengan busana putih rekaan Putra Aziz dari butik Cosry manakala Yusry pula segak dengan baju Melayu warna sedondon yang juga rekaan Putra. Ruang ballroom yang indah dihiasi paduan bunga berwarna, ternyata kena dengan kemahukan Lisa dan Yusri yang inginkan majlis yang sederhana tapi elegan. Jam 9 malam, acara bermula dengan ketibaan pasangan mempelai. Kemudian selingan sesi berbalas pantun sebelum pengantin lelaki dipersilakan duduk di atas pelamin.Majlis dihadiri kira-kira 2000 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara kedua-dua belah pihak, kenalan artis dan rakan media. Antara selebriti yang kelihatan pada majlis tersebut adalah, Jaclyn Victor, Marion Counter dan suami, Sein (Ruffedge) dan isteri, Dephne Iking, Aizat, Stephen Rahman, Atilia, Sazzy Falak dan suami, Rabbani dan ramai lagi. Tahniah dari kami untuk kedua mempelai. Semuga terus bahagia dan dikurniakan anak yang comel-comel seperti ibubapanya. OH ARTIS : NASIB BAIK LA RAFFLESIA TAK NAMPAK MUKA NAK MENAJA. JIKA TIDAK ADUHAI |
You are subscribed to email updates from Lisa Surihani - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan