Nuffnang

Selasa, 13 Mac 2012

Liyana Jasmay - Google Blog Search

Liyana Jasmay - Google Blog Search


<b>Liyana Jasmay</b> Bertunang Ahli Perniagaan

Posted: 09 Mar 2012 06:12 PM PST

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi popular, Liyana Jasmay ternyata tidak mahu bermain teka-teki tentang hubungan intimnya dengan seorang ahli perniagaan, Fathudin Mazlan apabila mereka dikatakan bakal mengikat tali pertunangan pada bulan depan.

Menurut sumber, keluarga penyanyi yang popular menerusi lagu berjudul Aku Tak Percaya Cinta itu kini sedang rancak membuat persiapan majlis yang cukup manis buatnya itu, sekali gus menepis pelbagai gosip percintaan yang heboh diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

"Macam-macam gosip pernah melanda Liyana Jasmay sejak dia menjadi pelakon dan penyanyi. Antaranya Liyana dikatakan pernah menjalin hubungan cinta dengan pengarah Syamsul Yusof. Gosip itu timbul selepas mereka berlakon bersama dalam filem Khurafat.

"Bagaimanapun, gosip itu lenyap begitu sahaja selepas Liyana tamat menjalani penggambaran filem tersebut yang diarahkan oleh Syamsul di mana ia berjaya mengutip kutipan tiket mencecah RM8 juta. Diharap Liyana akan mengulas lanjut pertunangannya itu kelak," kata sumber itu. – mynewshub.my

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan