saleem iklim - Google Blog Search |
<b>Saleem Iklim</b> Dan Sejarah Kemunculan Mereka Bermula | Beliafun <b>...</b> Posted: 26 Sep 2011 01:14 AM PDT Dengan berbekalkan bakat semulajadi dan kebolehan yang ada pada dirinya, pada tahun 1988, Saleem telah melantik beberapa orang rakan dan anak muda kampungnya bagi menubuhkan sebuah kumpulan nyanyian yang berkonsepkan rock di mana beliau sendiri sebagai penyanyi utama. Terdapat beberapa orang kenalan Saleem menyatakan bahawa (boleh diragui akan kesahihannya) penubuhan kumpulan tersebut adalah disebabkan cuaca bagi menangkap ikan di laut tidak mengizinkan pada waktu itu. Untuk pengetahuan semua, nama Kumpulan Iklim adalah sempena keadaan iklim dan cuaca yang tidak menentu di pantai timur yang kerap dilanda ribut dan hujan lebat. Pada awal tahun 1989 iaitu sebelum mencipta nama, kumpulan IKLIM ini kerap mengadakan pertunjukan di kelab sosial/kelab malam dan juga beberapa undangan ekslusif serta majlis kenduri kahwin di sekitar negeri Terengganu. Pada tahun 1990, SCS Record (Suara Cipta Sempurna) yang kini dikenali sebagai Rock Record of Malaysia telah memberi kepercayaan kepada kumpulan Iklim untuk membuat rakaman album mereka yang pertama. Album tersebut berjudul: Satu Kesan Abadi. Lagu-lagu top hits yangmenjadi siulan anak muda daripada album tersebut adalah: Suci dalam Debu, Hakikat sebuah Cinta dan Satu Kesan Abadi. Lagu Suci Dalam Debu dendangan IKLIM telah berjaya mengalahkan sebuah lagu dendangan Sheqal (Zapin Rindu-rinduan) yang agak lama mendominasi carta muzik tanahair dengan irama balada nusantaranya pada waktu itu. Setelah album Satu Kesan Abadi mendapat sambutan hangat di Malaysia, Indonesia dan Singapura, Saleem dan anggota kumpulan Iklim telah ditawarkan untuk menjayakan sebuah filem yang berjudul "Suci dalam Debu" yang dibintangi oleh Julia Rais dan Sidi Oraza. Walaubagaimanapun watak Saleem dan anggota kumpulan IKLIM dalam filem itu kurang menonjol dan boleh dipertikaikan walaupun suara beliau sering berkumandang di awal dan akhir filem tersebut. Setelah itu, Populariti Saleem dan IKLIM terus melonjak naik dan banyak antara lagu-lagunya telah menjadi top hits dan diminati ramai. Tidak dapat dinafikan bahawa ada antara lagu-lagunya yang menjadi tema/montaj drama swasta terbitan RTM dan TV3. Tidak kurang juga ada yang menjadi lagu tema filem. Bahkan juga lagu-lagunya sering diputarkan di pasar-pasar raya bagi memeriahkan dan menceriakan suasana membeli-belah. Antara lagu-lagu Saleem/IKLIM yang menjadi pujaan ramai kerana kehebatannya di sekitar 90an hingga sekarang adalah seperti berikut: Zaman kejatuhan IKLIM dan Saleem dipercayai terjadi pada pertengahan dekad 90an (1996) selepas isu kemalangan jalan raya yang melibatkan nyawa seorang anggota tentera darat Malaysia. Sejak kemalangan tersebut, kehidupan Saleem bertukar menjadi tidak menentu ditambah lagi dengan masalah penagihan dadah yang menambahkan lagi kesulitan untuk mempertahankan populariti kumpulan tersebut dan imej baik di mata masyarakat. Lama-kelamaan Saleem dan kumpulan IKLIM terpaksa berpecah. Perpecahan tersebut dipercayai akibat masalah displin yang menimpa diri Saleem. Penyanyi tersebut kerap membatalkan segala temu janji di saat akhir dan lewat hadir ke pertunjukan gemilang yang diundang. Akibatnya, kumpulan tersebut telah disenaraihitamkan oleh pihak penganjur kerana tidak mahu reputasi mereka terjejas yang kelak pasti menanggung kos kerugian. Bagi membolehkan IKLIM terus bernafas di persada seni tanahair, Saleem telah disingkirkan daripada IKLIM. Tujuan penyingkiran Saleem adalah untuk mengelakkan kumpulan IKLIM daripada terus mengalami reputasi buruk, sekaligus ditegah dan diharamkan daripada membuat sebarang pertunjukan. Tetapi malangnya, penyingkiran tersebut tidak dapat mengembalikan kegemilangan IKLIM seperti pada awal 90an dulu. Menurut seorang penganalisis dan pemikir seni budaya tanahair secara sambilan, Fahrul Hakim Ayob(33), jika dilihat dari sudut akademik, Saleem tidak pernah menyalahkan sesiapa terhadap penyingkiran tersebut dan mengakui bahawa segala masalah adalah berpunca daripada diri beliau sendiri. Oleh yang demikian, dalam hal ini, beliau (Saleem) pasrah. Menurutnya lagi, Saleem menganggap bahawa perpecahan tersebut merupakan suatu takdir. Sudah pasti ia memberi "satu kesan abadi" ke atas diri Saleem baik dari sudut positif mahupun negatif. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Saleem berasa sungguh terkilan dengan penyingkiran tersebut. Walaubagaimanapun Saleem tetap tabah dan berfikiran positif. Beliau beranggapan bahawa "Rezeki adalah di tangan tuhan". Pada akhir tahun 1996, Penyanyi bersuara emas dan serak-serak basah ini telah ditangkap di Jalan Chow Kit/Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur akibat pengambilan dadah yang berlebihan. Berita tergempar yang memalukan itu telah disiarkan dalam televisyen serta terpampang di dada akhbar-akhbar tempatan. Penangkapan tersebut menyebabkan Saleem dipenjara. Justeru itu, Segala lagu Saleem dan rakaman persembahannya telah digam oleh pihak kerajaan daripada disiarkan sehingga beliau dibebaskan kelak. Setelah dibebaskan, Saleem ingin kembali aktif menyanyi walaupun imejnya telah tercemar dan popularitinya agak menurun. Namun begitu, beliau bernasib baik kerana masih diberi kepercayaan oleh Warner Music of Malaysia untuk merakamkan sebuah album nyanyian solo yang diberi judul "Maaf/Juwita" pada tahun 1998. Terdapat beberapa lagu dalam Album Juwita dirakamkan di Indonesia. Menurut sesetengah pendapat, album Juwita telah memberi nafas baru kepada Saleem. Album itu membuktikan bahawa beliau memang berpotensi menjadi seorang penyanyi solo yang berjaya. Tidak dapat dinafikan bahawa album Maaf/Juwita telah membuka satu dimensi baru ke atas diri beliau. Album tersebut telah berjaya mempertahankan namanya dalam industri muzik tanahair setelah sekian lama beliau lesu dan kurang bergiat dalam bidang seni. Album Maaf/Juwita bertemakan keinsafan dan mengharapkan jutaaan kemaafan daripada peminat kerana keterlanjurannya dengan najis dadah. Konsep cover album tersebut memaparkan imej Saleem yang bermisai/berjambang sebagai seorang yang telah Insaf dan bertaqwa. Lagu Juwita adalah sebuah lagu syahdu sempena nama isteri pertamanya. Lagu tersebut dihadiahkan khas untuk isterinya, Juwita bagi mengenangkan jasa, berkat kesabaran dan jerih payah beliau dalam menangani liku-liku kehidupan bersama anak-anak yang semakin terhimpit ketika Saleem di dalam penjara. Pada tahun 1999, Lagu Juwita telah berjaya masuk ke pertandingan akhir Muzik Muzik terbitan TV3. Saleem secara solo mendendangkan lagu itu secara live di hadapan penonton. Tetapi nasib tidak menyebelahinya, Saleem gagal untuk memenangi sebarang anugerah di kejuaraan itu. Desas-desus mengatakan bahawa suara Saleem hampir tidak keluar dan tersekat-sekat ketika menyampaikan lagu tersebut. Setelah kejayaan album Maaf/Juwita, Saleem telah diberi kesempatan untuk merakamkan beberapa album seperti Bunga Emas bersama bekas kumpulannya, IKLIM, Ratib Orang Pinggiran serta berpeluang berduet dengan Rahmat(Ekamatra), Jamal Abdillah dan Penggubah M. Nasir. Di sini dapat diberi kesimpulan bahawa nama Saleem memang kental dan tetap megah dalam bidang seni nyanyian dan populariti beliau tidak terhakis di tengah-tengah kemunculan puluhan penyanyi muda yang mempunyai rupa, harta, bakat dan berpotensi besar seperti kumpulan KRu, Ruffedges, KooL, Slam, Innuendo, Julia Banos, Siti Nurhaliza dan ratusan lagi bakat baru. Memang agak aneh, persaingan ini tidak sedikitpun melenyapkan namanya sebagai insan seni yang terunggul di tanahair. Malang telah menimpa sekali lagi ke atas diri Saleem. Kali ini pada pertengahan tahun 2004, Saleem telah ditangkap buat kali kedua kerana dadah. Kali ini beliau telah disumbat ke dalam penjara Kajang. Menurut beberapa siri wawancara dengannya, penjara Kajang telah mengajar Saleem banyak erti kehidupan. Kali ini beliau kelihatan agak serik, letih dan tua. Diharapkan penangkapan ini benar-benar menginsafkan diri Saleem sehingga ke akhir hayatnya. Pada bulan Ogos tahun 2006 Saleem dan Jamal Abdillah dijemput oleh RTM1 untuk ditemuramah dalam slot program Isu Semasa berkenaan dengan penglibatan dirinya dengan najis dadah. Saleem tetap terunggul dan namanya tetap utuh dalam bidang seni suara. Dengan segala potensi, bakat semulajadi dan nilai komersil yang masih ada pada dirinya, Rock Record dan Warner Music of Malaysia bersama dengan saudara Syed Azlan Syed Abu Bakar (Arab) sebagai wakil daripada syarikat tersebut telah berjumpa dengan Saleem dan memberi peluang kedua (sejak 1993) kepadanya untuk pembikinan sebuah lagi album baru. Kali ini album tersebut adalah kompilasi lagu-lagunya dahulu daripada kumpulan IKLIM. Judul Album beliau pada ketika itu adalah 'Saleem Raja Balada'. Album beliau kali ini tetap berjaya dan mendapat sambutan hangat daripada peminat. Anugerah platinum telah diberikan kepada album ini dengan jumlah pembelian mencapai beberapa puluhan ribu unit. Berperisa, Unik, merdu, serak-serak basah, parau dan 'agak sengau' itulah kelebihan suara Saleem yang membuatnya terus diminati oleh peminat-peminatnya. Album terkini beliau iaitu Epigoni (2006) telah mencatat jualan yang membanggakan dan memenangi anugerah Emas kerana penjualan telah mencecah lebih daripada 15 ribu unit sejak tiga minggu berada di pasaran. Konsep album beliau pada kali ini adalah remake lagu-lagu lama dendangan Amy-Search, Shima, Bumiputra Rocker, Allahyarham Sudirman, Wings dan lain2 lagi. Alhamdulillah kini beliau kelihatan sangat bahagia dengan isteri keduanya, iaitu Julia Bachok. Menurut seorang kenalan rapat dari Astro, Saleem kini telahpun menjadi artis di bawah naungan Perbadanan Penyiaran Astro iaitu sebuah stesen TV bersatelit pertama di Malaysia yang berpengkalan di Seri Kembangan, dekat Serdang. Sejak di bawah naungan Perbadanan Penyiaran Astro, Saleem telah beberapa kali diberi peluang untuk memenuhi undangan bagi memeriahkan lagi industri muzik tanahair dengan menjadikan isteri kedua kesayangannya Julia, sebagai pengurus peribadi. Kumpulan Iklim adalah merupakan kumpulan rock (kugiran) yang muncul pada akhir dekad 80-an atau lebih spesifik lagi pada tahun 1989 yang bertemakan irama rock perlahan (slow rock). Pada asal penubuhannya, kumpulan Iklim dianggotai oleh lima orang anak muda yang berasal dari Terengganu, Di awal penubuhan IKLIM mereka terdiri daripada 5 orang anak muda iaitu A.M SALEM ABDUL MAJEED,UMARUL MAHDZAR,MOHD SALIM,KAMARUDIN & FADHIL SUHAIMI namun perpecahan berlaku Pemain gitar kedua, Fadhil Suhaimi keluar daripada kumpulan Iklim semasa proses rakaman album pertama sedang berlangsung. Tempat beliau telah digantikan oleh pemain keyboard, HUZALI ALI memandangkan instrumen keyboard banyak digunakan dalam album pertama Iklim - Satu Kesan Abadi (1990) Berikut adalah album kumpulan Iklim dan Saleem secara solo. - Kompilasi [sunting] ANUGERAH SRI ANGKASA RTM 1990 - Kumpulan Muzik Terbaik / IKLIM IKLIM / SALEEM - ALBUM ( IKLIM / BULAN JATUH KERIBA ) ANUGERAH SRI ANGKASA RTM 1991 - Kumpulan Muzik Terbaik / IKLIM IKLIM / SALEEM - ALBUM ( IKLIM / BUDI ) SALEEM - ALBUM ( WAN ZUL & SALEEM - GABUNGAN 2 INSAN SENI ) SALEEM / IKLIM - ALBUM ( DUNIA IKLIM ) IKLIM / SALEEM - ALBUM ( IKLIM ' 94 ) IKLIM / SALEEM - ALBUM ( BUKAN NIATKU / IKLIM ) SALEEM / IKLIM - ALBUM ( EMAS SELAMANYA & DIRGAHAYU IKLIM ) SALEEM - ALBUM ( SALEEM / MAAF ) SALEEM - ALBUM ( RATU SANUBARI / SALEEM ) IKLIM / SALEEM - ALBUM ( BUNGA EMAS / IKLIM , REUNION ) SALEEM - ALBUM ( SALEEM / RAJA BALADA ) SALEEM - ALBUM ( EPIGONI / SALEEM ) SALEEM - ALBUM ( AKU SALEEM TRILOGIK CINTA / CINTA TIGA SEGI ) SALEEM - ALBUM ( DEMI CINTA / SALEEM ) |
You are subscribed to email updates from saleem iklim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan