Nuffnang

Isnin, 5 Mac 2012

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


Mila Kecewa, <b>Nora Danish</b> Terkejut

Posted: 05 Mar 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks oleh Kheme Rosly

Khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR 5 MAC 2012: Juara Akademi Fantasia musim ke-5, Mila Jirin menyuarakan perasaan kecewanya dan tidak tahu di mana silapnya apabila lagunya kurang mendapat perhatian dan sokongan dalam industri hiburan tempatan.

Ini berikutan kerana dia sering diundang dan selalu terbang ke luar negara untuk menyertai pertandingan nyanyian, namun namanya disini seakan dilupakan dan tidak diberi perhatian.

Bercakap dalam rancangan Melodi di TV3 semalam, Mila berkata, lagu terbarunya itu sudah lama keluar iaitu sejak tahun lepas bagaimanapun masih belum keudara di corong radio tempatan.

"Itulah kerja saya sebagai penyanyi untuk melahirkan lagu-lagu terbaru walaupun tidak dimainkan di radio. Saya sudah menyuruh PR menghantarkan album itu ke stesen radio tetapi tidak tahu mengapa ianya belum kedengaran dimainkan di mana-mana lagi," kata Mila tentang single terbarunya ciptaan Aidit Alfian dan AD Samad.

Dalam perkembangan lain pula, janda muda cantik, Nora Danish juga tidak pernah sunyi dengan kontroversi yang melanda dirinya.

Selepas satu, seorang lagi jejaka dikaitkan dengan dirinya. Terbaru di Melodi, Nora Danish dikatakan rapat dengan dua orang pemuda daripada Kelantan.

Bukan lagi seorang, malah dua orang jejaka yang dikatakan sedang rapat dengan Nora Danish.

Seorang daripada mereka adalah penjaga gol Kelantan. Nora dan jejaka itu dikatakan keluar bersama namun Nora menafikan perkara itu.

"Itu tidak benar sama sekali, saya tidak pernah berhubung atau berjumpa dengan dia.

"Gosip ini disebarkan untuk menjatuhkan dia yang sememangnya sering dilanda kontroversi yang tidak elok.

"Dia seorang pemain bola yang bagus, buat apa nak menjatuhkan orang yang berbakat seperti dia,'" ujar Nora Danish lagi yang menolak dakwaan dia rapat dengan penjaga gol tersebut.

Nora juga berkata dia tidak pernah keluar dengan mana-mana jejaka daripada Kelantan dan katanya dia sudah lali dengan gosip yang melanda dirinya namun kadangkala terkilan jika gosip itu tidak benar sama sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan