Nuffnang

Isnin, 5 Mac 2012

Saiful Apek - Google Blog Search

Saiful Apek - Google Blog Search


Pengalaman <b>Saiful Apek</b> Kena Tangkap

Posted: 16 Feb 2012 06:31 PM PST

Pengalaman Saiful Apek kena tangkap memberi hikmah. Itulah kesimpulan yang sesuai berhubung dengan kes Saiful Apek kena tangkap atau di sumbat ke lokap selama 4 hari sebagai tahanan reman atas kes dadah yakni memiliki 40 gram ganja.
Kes dadah 40 gram ganja Saiful Apek ini bermula dua tahun lepas lagi. Di mana apek di syaki telah mengambil ganja bersama 3 orang lelaki dan seorang wanita di bandar sunway.

Siapa sangka nasib Saiful Apek begini rupa. Kita juga tidak tahu sejauh mana kebenaran kes artis malaysia popular ini. Saiful ataupun nama glamour pelawak ini Apek, mengaku tidak bersalah walaupun telah di sahkan positif dadah jenis ganja. Dalam masa itu Apek juga telah di reman di lokap selama 4 hari untuk tujuan penyiasatan polis.

Baru-baru ini Saiful Apek telah di hubungi oleh pihak kosmo untuk menemubual beliau memandangkan kelmarin perbicaraan beliau telah di jalankan. Saiful Apek didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan. Beliau tetap optimis dan bersedia dengan sebarang keputusan mahkamah katanya. Hope Saiful Apek tidak masuk lokap kena tangkap semula.

Kosmo: Sejak mula ditahan dan sehingga kini apabila kes dadah Apek mula dibicarakan di mahkamah adakah ia menjejaskan rutin harian Apek?

APEK: Setakat ini sejak saya mula ditahan sehingga hari ini ia tidak menjejaskan apa-apa sebab saya masih dijemput oleh pihak stesen televisyen dan masih muncul dalam program siaran langsung. Tahun ini saya akan muncul dengan empat buah filem iaitu Rock 2, Hantu Air, Pak-Pong dan Sofazr ... Jiwa Kacau. Peminat pun banyak memberi sokongan kepada saya.

Apek tertekan atau tidak sepanjang menghadapi kes ini?

Tipulah kalau saya kata saya tak tertekan, mula-mula ditahan ya, memang saya tertekan. Tetapi lama-kelamaan saya boleh menerima realiti dan menghadapinya dengan tenang. Saya masih tidak bersalah sebab itu saya dibicarakan. Proses perbicaraan berjalan berdasarkan bukti yang ada dan saya hormati prosedur dan jalani tanggungjawab saya walaupun terpaksa turun naik mahkamah. Paling penting adalah keluarga dan anak-anak saya percaya kepada saya.

Bersedia dengan segala kemungkinan keputusan mahkamah?

Sebagai seorang warga Malaysia daripada pengajaran kes-kes sebelum ini, mahu atau tidak mahu keadilan itu telus dan saya percaya dengan undang-undang di negara kita. Saya yakin, saya akan diadili sebaik mungkin. Kecuali berlaku satu keputusan yang memerlukan saya merayu sehingga dapat buktikan yang saya tidak bersalah.

Boleh kongsi pengalaman Apek ketika berada di lokap?

Ketika bermalam di lokap selama empat hari saya tidak apa nak rasa rasa. Saya sudah biasa lakukan penggambaran di penjara, sedikit sebanyak ia tidak jejaskan fizikal saya tetapi minda saya tahu apa yang berlaku adalah realiti. Banyak tanda tanya di fikiran.

Bayangkan saya berada di dalam ruang yang sempit dan sunyi, fizikal saya kalah dengan dinding dan jeriji besi, sehari pun memang menyeksakan. Saya tabik kepada mereka yang boleh tahan berada dalam keadaan seperti itu (penjara) untuk tempoh yang lama.

Pengajaran yang Apek peroleh daripada apa yang berlaku?

Saya bermula daripada bawah dan apabila berjaya mencipta nama saya berada di sini (lokap). Kejayaan tidak menjamin supaya saya tidak melalui proses ini (ditahan). Ada hikmah sebalik apa yang berlaku kerana kini saya lebih menghargai kebebasan. Saya rasa nikmat dapat tidur di tilam empuk dan minum kopi setiap pagi, saya lebih menghargai kehidupan saya.

Adakah kes ini memberi kesan kepada keluarga dan anak-anak Apek?

Anak-anak saya berbangga saya adalah bapa mereka meskipun selepas apa yang berlaku. Alhamdulillah saya masih mendapat sokongan penuh daripada keluarga. Menjadi seorang bapa, kes ini benar-benar mematang saya.

Nasihat Apek kepada anak muda di luar sana mengenai dadah.

Sepanjang pengalaman saya, 70 peratus yang ditahan tidak bersalah dan teraniaya, bukan saya menuduh pihak polis tidak cekap, polis hanya menjalankan tugas terserah kepada kita untuk menggelakkan diri daripada perkara-perkara negatif.

Buat anak muda dan remaja jangan sewenang-wenangnya berada di mana-mana tanpa pengetahuan ibu bapa atau mereka yang terdekat, tidak mustahil kita boleh berada di tempat yang salah dan pada masa yang salah.

Semoga Saiful Apek insaf dan lebih menghargai diri, kebebasan bersama keluarga dan anak-anak berbanding hidup di luar lokap atau penjara. Semoga pengalaman beliau kena tangkap ini betul mematangkan saiful Apek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan