Nuffnang

Rabu, 4 April 2012

Aaron Aziz - Google Blog Search

Aaron Aziz - Google Blog Search


Mat Haron Bukan Nama Sebenar <b>Aaron Aziz</b> |

Posted: 02 Apr 2012 04:21 AM PDT

Kecoh sebentar dunia hiburan apabila ada dakwaan daripada forum CARI bahawa nama sebenar Aaron Aziz ialah Mat Haron Mustapha bin Mat Aziz Mustapha. Abang Nara memang dari mula tidak percaya apatah lagi dakwaan tersebut dilakukan pada 1 April. Mungkin ada pihak yang sengaja mahu lakukan April Fool kepada peminat Aaron Aziz. Siap ada salinan passport yang sudah pasti diphotoshop seperti di bawah:-

kad pengenalan aaron aziz

Portal Murai dengan pantas mendapatkan komen isteri Aaron Aziz iaitu Diyana untuk mendapatkan kepastian berkenaan hal ini. Ternyata nama Mat Haron adalah palsu semata-mata. Kata Diyana:-

Apa yang saya boleh pastikan, dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata. Nama sebenar Aaron ialah Aaron Mustapha bin Aziz dan bukannya Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mat Mustapha seperti yang didakwa dan seperti yang tertulis dalam kad pengenalan berkenaan. Saya juga baru mengetahui berkenaan hal ini melalui Twitter dan belum berkesempatan bercerita kepada Aaron kerana dia masih berehat kerana demam. Jika anda tidak percaya atau menganggap saya mahu menyembunyikan hal sebenar, anda boleh bertanyakan mana-mana produksi yang pernah Aaron bekerja untuk mendapatkan kepastian nama sebenar Aaron daripada pasport miliknya

Kepada si pemula cerita ini, tahniah Abang Nara ucapkan kerana sememangnya April Fool anda berjaya. Kepada Aaron Aziz dan keluarga, sabar sahajalah dengan perkara ini. Makin popular makin banyaklah benda remeh temeh sebegini yang berlaku. Kepada peminat Aaron Aziz, sila tarik nafas lega kerana perkara ini adalah palsu. Apa pun Abang Nara tak kisah pun kalau memang betul nama sebenar Aaron Aziz ialah Mat Haron. Artis gunakan nama komersil adalah perkara biasa dalam dunia hiburan. Tak gitu?

P.S: Tahap pemalas luar biasa.

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Komen