Nuffnang

Isnin, 2 April 2012

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


Embun - <b>Aqasha</b> | Putera Gahara Gagah Perkasa

Posted: 04 Jan 2012 01:45 PM PST

Judul asal : Titisan Air Mata Embun
Slogan : Lupakan saja tentang rasa itu kerana ianya tidak akan bersatu di bumi nyata / Antara cinta dan perjuangan
Jenis cerita : Drama / Romantik
Tayangan : Tarikh mula tayangan umum pada 1 Ogos 2002
Kos pembikinan filem : RM 2 juta
Kutipan jualan tiket : RM 945,750.96
Lain-lain infofilemkita

Pengarah : Erma Fatima
Penulis : Rohiman Harun/Cerita & Skrip asal
Lakonlayar : Erma Fatima

Pelakon :

Umie Aida - Embun
Hani Mohsein - Bayu
Aqasha - Leftenan Koishi
Izi Yahya - Leftenan Akishi
Datuk Rahim Razali - Pak Harun
Khatijah Tan - Mak Temah
Ellie Suriaty - Melati
Ahmad Tarmimi Serigar - Jeneral Kurugawa
Mak Kwai Yuen - Saito
Lain2 : Riezman, Wan Shades, Loloq, Razak Ahmad, Ismail Din

Sinopsis :

KISAH kehidupan tiga individu yg hidup pd zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu iaitu gadis bernama Embun, bersama abangnya Bayu serta kekasihnya, Leftenan Koishi. Embun yang berusia 17 tahun adalah wanita Melayu yang mempunyai semangat emansipasi dan daya juang yang tinggi.

Dia bukan seperti wanita sezamannya yang asyik terperap di dapur atau banyak mengalah dalam dominasi lelaki. Seperti abangnya yang menjadi penggerak utama Kesatuan Melayu Muda (KMM) di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Embun berpendapat kedatangan Jepun dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membebaskan Melayu dari cengkaman penjajah Inggeris dan imperialisme.

Bayu adalah seorang lepasan sekolah Arab dan menjadi pengikut setia pengasas KMM, Ibrahim Yaakob serta anak asuhan Dr Burhanuddin Al-Helmy. Mereka mempercayai slogan 'Asia Untuk Asia' dan 'Lingkungan Kemakmuran Asia Timur Raya' yang dilaungkan pemerintah Jepun. Suatu hari, Bayu ditangkap kerana membuat perhimpunan tunjuk perasaan terhadap orang Jepun. Embun memberanikan diri untuk bertemu Jeneral Kurugawa untuk memohon dibebaskan abangnya itu. Malangnya, Embun ditangkap Leftenen Akishi dan gadis itu diperkosa secara beramai-ramai.

Leftenan Koishi yang baru ditukarkan ke situ melihat kejadian perkosaan terbabit dan menyelamatkan Embun. Embun menjadi lebih sedih apabila ayahnya, Pak Harun dibunuh. Sejak kejadian itu, Embun menjadi lebih bersemangat dan menyimpan dendam terhadap tentera Jepun. Dengan bantuan Koishi, Embun bertemu Kurugawa untuk membincangkan mengenai pembebasan Bayu. Dia disyaratkan supaya bekerjasama dengan Koishi untuk memujuk orang Melayu supaya menyokong Jepun menerusi program pembangunan di Kampung Bukit, Bayan Lepas.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ku Damba Dikau Di Syurga ~ Ayie Abas


Embun

Dari bibir
Kancah yang menyiksa
Telah tersua cinta kita
Usah dikau cuba menyangkalnya
Kutahu kau merasa apa yang kurasa

Katakanlah
Mentera apakah
Mengobar bara di hatimu
Kau rela korban sebuah asmara
Demi merandai perjuanganmu

Embun...andai takdir
Kita tak bersama
Selama jasad masih bernyawa
Tak mungkin kau kan kulupa

Embun...andai takdir
Memisahkan kita
Tak bersatu di bumi yang fana
Kudamba dikau di syurga

Oh...
Kaulah cahaya menerangi kegelapan
Kau kekuatan di kala mumur impian
Andai kau gugur malah tiada bernisan
Takkan kau pudar di ingatan

Embun...andai takdir
Kita tak bersama
Selama jasad masih bernyawa
Tak mungkin kau kulupa

Embun...andai takdir
Memisahkan kita
Tak bersatu di bumi yang fana
Kudamba dikau di syurga

Kudamba dikau di syurga
Hooo...Nun di syurga

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Latar Belakang

Nama Penuh: Firdee Akassya bin Rosli
Nama Komersial: Aqasha
Tempat Lahir:Hospital Universiti Kuala Lumpur
Tarikh Lahir:6 Oktober 1982
Zodiak: Libra
Tinggi: 5' 9"
Berat: 66 kg
Album : Cahaya Hati (2000), Impian(2002), Qashanova (2011)
Filem : Embun, Remp-it, V3 Samseng Jalanan, Man Laksa, Gerak Khas The Movie 3, Bilut

Bertunang
Secara senyap tanpa publisiti.


Berkahwin
Tarikh 10.10.10 menjadi tarikh yang diimpikan oleh ramai pasangan ketika itu. Aqasha juga melangsung hari bahagia bersama pasangan nya Noor Baizura Mohd Sabri, 26 pada tarikh berkenaan. Berita per- kahwinan Aqasha agak tenggelam kerana tarikh yang sama dengan angkasawan negara, Datuk Syeikh Muzaffar.
Jadi Bapa
Alehandra Ahmad Bin Firdee Aqasha, selamat dilahirkan jam 6.14pm tanggal 6 September 2011. Aqasha dan pasangannya Baizura memilih nama Alehandra Ahmad. Alehandra membawa maksud pejuang bangsa dan Ahmad bererti Yang Terpuji.
Santai Dengan Anak
Gambar paling bawah diambil dari twitter Aqasha.
Drama Terbaru Di TV
Ayie belum tengok drama ni ganti drama sebelumnya Tentang Dhia.
PEMBERITAHUAN : Kepada My Friends yg amat dikasihi, nantikan sesuatu yang BERAPI dari blog PGGP. Harap tak ada yang TERKEJUT pulak nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan