tomok - Google Blog Search |
BERITA ARTIS - <b>Tomok</b> Teruja Menanti Tiga Kelahiran - Gua.com.my Posted: 27 Mar 2012 11:06 PM PDT Penyanyi serta pelakon, Tomok dan isteri tercinta, Rahayu Abbas kini sedang menghitung hari bagi menanti kelahiran cahaya mata sulung mereka yang dijangka lahir pada hujung bulan Mei ini. Pemilik nama Shah Indrawan Ismail yang ditemui ketika sesi rakaman program Masterchef Selebriti Malaysia, petang semalam memberitahu mereka suami isteri begitu teruja untuk melangkah ke fasa baru bergelar ibu dan bapa. "Kami sangat-sangat gembira dan tak sabar nak tunggu kedatangan orang baru dalam keluarga kami. Alhamdulillah, kandungan isteri saya kini mencecah tujuh bulan setengah dan dijangka lahir pada hujung bulan Mei ini. Bagi Tomok, pengalaman pertama ni memang seronok walaupun ada masanya cemas." Ditanya mengenai jantina anaknya, Tomok memberitahu, "Kami dah scan tapi tak boleh dedahkan sekarang, nanti baru kami beritahu. Apa-apapun, kami tak sabar nak bergelar ibu dan bapa. Tanggungjawab Tomok lebih besar selepas ini, jadi Tomok kena kerja lebih kuat untuk mencari rezeki kepada keluarga." Selain berdebar menunggu kelahiran anak sulungnya, pelantun lagu 'Bagaikan Bidadari' ini juga akan muncul dengan filem pertamanya, 'Mantera' pada bulan Mei ini. Dalam pada masa yang sama, Tomok juga begitu teruja menanti kelahiran album keduanya yang dijangka akan dilancarkan pada tahun ini. "Sekarang ini Tomok dalam proses menghasilkan album kedua. InsyaAllah album ini akan keluar pada tahun ini juga. Buat masa sekarang, Tomok akan keluarkan dulu single 'Aku Datang', lagu runut bunyi untuk filem 'Istanbul Aku Datang.' Tomok juga bakal muncul dalam filem Mantera pada 17 Mei ini," ujarnya mengakhiri perbualan. |
You are subscribed to email updates from tomok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan