Diana Amir - Google Blog Search |
<b>Diana Amir</b> Cantik Bertudung » Laman Kongsi Dot Com Posted: 20 Mar 2012 06:41 PM PDT Jika sebelum ini empunya nama, Nurdiyana Amir Hashim atau lebih dikenali Diana Amir merupakan seorang pelakon lincah yang mempunyai keyakinan tinggi mencuba setiap watak yang diberi kepadanya, kini dia lebih berhati-hati memilih watak yang bersesuaian dengan penampilan imej Muslimah terbarunya. Penghijrahan itu ternyata memberi perubahan besar buat hidupnya dan juga karier sebagai seorang selebriti. Mengakui hidupnya kini lebih tenang dan selesa, Diana bagaimanapun tidak terfikir berhenti daripada menjalani karier dalam industri lakonan selagi minat menebal. Menurutnya, walaupun tawaran lakonan yang diterima kini tidak banyak seperti dulu, namun dia bersyukur dan lebih gembira dengan rezekinya kini. "Selepas berhijab, saya akui memang tawaran lakonan tidak sebanyak dahulu mungkin kerana penampilan dan imej terbaru saya ini. Jika ada tawaran pun, saya perlu memilih watak diberikan dengan berhati-hati supaya ianya bersesuaian dengan saya," katanya. Jelas Diana, dia juga pernah menolak beberapa tawaran lakonan kerana watak diberikan kepadanya tidak menepati dengan imej Muslimah yang dibawanya. "Sebelum menerima tawaran lakonan, saya akan meneliti skrip dan watak yang diberi. Sekiranya ada beberapa babak yang saya rasa tidak sesuai, saya akan suarakan kepada pengarah atau penerbit dan kalau mereka setuju untuk mengubah babak mengikut kesesuaian, barulah saya akan teruskan dengan tawaran itu. "Saya mahu menjalani karier dengan sebaik mungkin dan pada masa sama mahu berdakwah menerusi lakonan yang bukan hanya memaparkan hiburan semata-mata," ujarnya. Berlakon sambil berdakwah Selain membintangi filem terbaru 7 Petala Cinta arahan Azhari Mohd Zain, si cantik manis yang berasal dari Johor Bahru ini juga terlibat dalam sebuah sitkom, Annisa yang baru sahaja disiarkan di kaca televisyen pada setiap Ahad jam 8.30 malam bermula 18 Mac, di TV Alhijrah. Menurutnya, ini kali pertama dia menjalinkan kerjasama dengan stesen TV Alhijrah dengan melibatkan diri dengan drama sitkom yang mengandungi 13 episod ini. Drama sitkom tersebut ini turut bintangi Raja Farah sebagai Tria, Sariyanti sebagai Nita dan Bienda sebagai Lili, yang mengisahkan kehidupan tiga Muslimah moden yang mengendalikan perniagaan kafe di Chicago. "Saya gembira dan bangga kerana diberi peluang oleh stesen televisyen yang memaparkan pengisian program berunsur keagamaan dengan melakonkan sitkom ini. Walaupun ini kali pertama saya berlakon dalam drama sitkom, saya selesa dan teruja melakukannya lebih-lebih lagi ianya mengisahkan tentang kehidupan Muslimah. Saya sangat menyokong sekiranya sitkom seperti ini diperbanyakkan, lagi pun permintaan daripada penonton juga amat menggalakkan," katanya. Berikutan kurang menerima tawaran lakonan, pelakon yang semakin ayu dengan imej bertudung ini menggunakan masa terluang untuk mendalami agama. "Oleh kerana banyak masa terluang kerana tidak menjalani penggambaran, saya akan menggunakan masa yang ada dengan melibatkan aktiviti mendalami agama. Saya juga banyak menerima undangan menjadi panel untuk forum agama yang diadakan di pusat pengajian tinggi dan masjid. Di sana, saya berkongsi cerita pengalaman sebelum dan selepas berhijab," katanya. Tambahnya, selain berkongsi pengalaman hidup bersama peserta forum, dia juga sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu tentang agama dengan lebih mendalam. |
You are subscribed to email updates from Diana Amir - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan