Nuffnang

Jumaat, 27 April 2012

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


<b>Elly Mazlein</b> Tidak Gentar Bergelar Isteri | OHBULAN!

Posted: 29 Feb 2012 11:38 PM PST

Mengikatkan tali pertunangan lebih setahun setengah bersama pengarah, Azmi Hata sedikit pun tidak mengentarkan hati pelakon drama Amukan Pocong, Elly Mazlein. Berkata kepada OHBULAN!, "Sebenarnya saya sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri apabila memutuskan untuk berumahtangga dengan Azmi & 2 orang anaknya, malah saya ingin hidup susah senang bersama."

Menyentuh mengenai persiapan majlis, Elly menyatakan bahawa persiapan perkahwinan sudah siap lebih 50% walaupun sibuk dengan kekangan masa dan komitmen kerja.

"Walaupun sibuk, kami tetap membuat persiapan perkahwinan yang dijadualkan akan berlangsung pada akhir tahun ini. Alhamdullilah, keluarga turut membantu untuk merealisasikan impian saya yang mahukan sesuatu yang indah di majlis perkahwinan nanti. Majlis nikah & resepsi dijangka akan diadakan di Bukit Kiara Ekuastrian Resort pada hari yang sama. Walaupun begitu, saya tetap ingin berserdahana," ujar Elly Mazlein lagi.

Ditanya pula mengenai kesan lebam di dahinya, Elly Mazlein membalas bahawa kecederaan tersebut berpunca daripada kecuaianya yang terjatuh ketika menjayakan babak dalam drama Amukan Pocong.

"Ketika berlari, saya tergelincir lalu jatuh dan kepala saya tersagat di kayu. Darah yang keluar tak banyak, tapi kesemua krew memang panik dan mereka menyarankan saya supaya berehat dulu. Nasib baik penerbit sangat prihatan dan dia membawa saya bertemu dengan doktor."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan