Nuffnang

Jumaat, 27 April 2012

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


<b>Nora Danish</b> Tidak Dijemput ke Majlis Perkahwinan Jejai dan Fasha <b>...</b>

Posted: 25 Apr 2012 10:52 AM PDT

Eh…eh? Meow dengar cerita tiada isu berbangkit mengenai hubungan antara Nora Danish, Jejai dan juga Fasha Sandha,  jadi kenapa Nora Danish tidak dijemput ke majlis perkahwinan duda nya itu ya? Menurut Nora Danish, beliau tidak diundang selain tidak mendapat kad jemputan perkahwinan Jejai dan Fasha Sandha pada 27 April ini.

Tetapi Nora juga memberitahu pihak media bahawa beliau tidak akan berada di Malaysia pada tarikh keramat buat bekas suaminya itu.

Menurut Nora, dia akan berangkat ke Mekah bagi menunaikan umrah seperti yang dirancang. Bertindak untuk berbaik sangka, Nora Danish yang comel dalam watak Puteri ini berkata, mungkin pihak Jejai mengetahui bahawa Nora tidak akan berada di Malaysia pada tarikh tersebut, dan menyebabkan mereka tidak menghantar kad perkahwinan terbabit. Ayat macam 'sesuatu' je Nora…

Tambahnya, Nora tiada sebarang isu apabila tidak dijemput ke majlis itu, kerana merasakan lebih afdal kiranya beliau tidak hadir, supaya tak timbul isu dan cerita lain pula nanti. Biasalah, masyarakat kita, tidak datang jadi isu, datang pun akan jadi isu juga nanti.

Namun begitu, Nora Danish tidak kisah sekiranya anak hasil perkongsian hidup beliau dengan Jejai, Putera Rayqal Ramli berada di majlis itu nanti kerana sepanjang ketiadaan Nora Danish, anak lelakinya berada di bawah jagaan keluarga Jejai. Tetapi, Nora menegaskan bahawa anaknya hanya boleh menggelar Fasha Sandha sebagai aunty kerana bagi beliau, ibu hanyalah seorang.

Nora Danish bukan sahaja berpewatakan lembut dan sopan, tetapi beliau sempat mengucapkan selamat pengantin baru kepada Fasha Sandha dan mengharapkan hubungan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

<b>Nora Danish</b> Doakan Perkahwinan Jejai dan Fasha

Posted: 24 Apr 2012 09:59 PM PDT

Nora Danish doakan perkahwinan Jejai dan Fasha ok? terbuka walaupun kita tak tahu hatinya bagaimana Nora Danish hanya doakan perkahwinan Jejai dan Fasha Sandha tidak lama lagi.

Nora Danish mengesahkan yang beliau tidak akan hadir ke majlis perkahwinan bekas suaminya tersebut Jejai dengan pelakon kontrevesi Fasha Sandha yang bakal berlangsung pada 27 April ini. Menurut Nora, beliau tidak menerima kad jemputan. Selain itu beliau juga tidak akan berada di tanah air ketika hari majlis perkahwinan tersebut berlangsung.

"Nora tak dapat kad jemputan, tapi mungkin kerana mereka tahu Nora nak pergi ke umrah agaknya. Nora akan berangkat ke Mekah pada pagi Jumaat ini dan bakal berada di sana selama 13 hari," ujarnya di majlis pra pelancaran filem 'Mencari Cinta' di Perak Techno-Trade Centre, Ipoh.

"Bagi Nora, tidak menjadi isu pun mereka tak menjemput Nora. Malah, rasanya lebih baik Nora tak ke majlis itu pun sebab nanti jika Nora pergi, takut akan jadi bahan cerita dan tajuk lain pula. Biarlah mereka menikmati keindahan majlis itu bersama."

Ditanya sama ada anaknya Putera Rayqal Ramli akan pergi ke majlis perkahwinan ayahnya dan adakah Nora menerima Fasha Sandha untuk menjadi ibu kepada Rayqal. Nora memberitahu, "Saya tak tahu anak akan pergi atau tidak, terpulang. Sebab bila saya pergi umrah, anak saya akan berada di bawah jagaan keluarga Jejai.

"Mengenai hubungan Fasha dengan anak saya pula, biarlah dia menggelarkan dirinya 'aunty' sahaja kerana bagi saya, ibu biarlah seorang."

Nora yang masih terbuka  berhubung baik dengan bekas suaminya itu turut mengharapkan dengan perkahwinannya dengan Fasha, hubungan mereka semua akan kembali jernih.

Diusik bila pula giliran Nora untuk mengikut jejak seperti bekas suaminya itu mendirikan rumahtangga, Nora memberitahu, "Selalunya lelaki yang cepat kahwin kan? Nora tak terfikir lagi kerana ingin fokus terhadap kerjaya seni dan anak dulu. Soal ketentuan jodoh pertemuan, Nora serahkan pada Allah."

"Nora ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Fasha, tapi Jejai tak berapa nak barulah. Setelah apa yang terjadi selama ini, akhirnya jodoh mereka tak ke mana. Nora harap perkahwinan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat. Amin"

Itulah ucapan terakhir beliau sebelum mengakhiri perbualan. Nora Danish doakan perkahwinan Jejai dan Fasha Sandha berkekalan.

Advertistment

Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
Nora Danish Doakan Perkahwinan Jejai dan Fasha, 10.0 out of 10 based on 1 rating

10 Artikel Pilihan Ramai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan