Nuffnang

Isnin, 30 April 2012

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: <b>Jamal Abdillah</b> kesal abaikan ibu

Posted: 23 Apr 2012 05:00 AM PDT


Penyanyi terkenal Jamal Abdillah, meluahkan rasa menyesal kerana beliau pernah mengabaikan ibunya, Zainon Hassan ketika berada di puncak populariti.

Dipetik daripada mStar, Jamal memberitahu kesibukannya sebagai artis yang banyak memenuhi undangan menyebabkan beliau mengabaikan ibunya.

"Arwah ibu meninggal dunia pada 1991 kerana menghidap pelbagai penyakit termasuk kencing manis dan darah tinggi. Walaupun sudah lebih 10 tahun berlalu, jasa dan pengorbanannya tetap abadi di hati ini.

"Saya menyeru mereka yang masih memiliki ibu supaya menghargai setiap detik berharga itu kerana harta dunia tidak mampu menggantikan kesucian kasih sayang seorang bernama ibu,"ujarnya.

Tambahnya lagi, sebagai seorang anak yang pernah berasa sedih kerana kehilangan seorang ibu, apa yang tinggal hanyalah kenangan.

"Saya agak syahdu melihat semula kelalaian saya yang mengabaikan ibu. Bila dia tiada barulah kekesalan itu hadir,"katanya.

Jamal yang berkongsi kisah sedihnya itu untuk dijadikan teladan oleh semua bersempena sambutan Hari Ibu yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 6 Mei .

Majlis anjuran MSiS Events & Services akan dimeriahkan dengan penampilan penyanyi Ibnor Riza selaku artis undangan dan Ifa Raziah sebagai pengacara. Jamal turut akan membuat persembahan pada malam tersebut dengan menyanyikan sebanyak 15 buah lagu seperti "Cinta Selayang Pandang", "Kasihnya Ibu" dan "Tidurlah Permaisuri".

Sementara itu, selain persembahan hiburan, pertunjukkan fesyen oleh butik-butik terkenal seperti Butik Cosry, Butik Altelia Amani dan Gedung Kain Terkemuka Jakel turut akan diadakan.

Pihak penganjur turut akan mendermakan sebahagian daripada hasil kutipan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor bagi membantu ibu-ibu yang memerlukan bantuan.

Untuk menempah tiket, hubungi Suriyani di talian 019-2957063 atau 019-3844300. Tiket berharga RM250, RM350 dan RM500.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan