Nuffnang

Isnin, 30 April 2012

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


Kontroversi Aksi <b>Shila Amzah</b> Menari Ghairah Mania

Posted: 25 Apr 2012 11:47 AM PDT

Kontroversi Shila Amzah menari di konsert Mania minggu lalu. Kontroversi terbaru yang melanda Shila Amzah apabila dikritik menari keterlaluan di konsert Mania minggu ke 5.

Penyanyi berbakat besar ini sering dihujani kontroversi sejak akhir-akhir ini. Entry kami sebelum ini ada berkongsikan jawapan Shila Amzah mengenai isu gedik. Belum pun surut isu gedik yang melanda Shila, terbaru beliau dikecam pula dengan kontroversi menari ghairah.

Kontroversi Shila Amzah

Aksi itu menimbulkan rasa kurang senang bagi segelintir pihak yang menyifatkan penyanyi lagu Patah Seribu ini semakin berani tanpa memikirkan sensitiviti budaya di Malaysia.

Namun, bagi empunya diri, Shila menganggap itu semua sebahagian dari lumrah yang harus dilalui semua selebriti. Menurut Shila Amzah, dengan adanya sokongan kedua orang tuanya, dia tidak akan sesekali mudah menyerah kalah.

"Saya tidak terkejut, lagi pun perkara ini telah dimaklumkan kepada kedua orang tua saya. Bagi mereka perkara itu bukanlah satu masalah yang serius.

"Saya boleh menari mengikut rentak lagu yang dimainkan dan saya sudah biasa menari seperti itu. Pada saya ia tidaklah keterlaluan," katanya yang memilih lagu Kau atau Aku, nyanyian Elyana, dalam konsert Mania yang kelima itu.

Shila menambah, isu ini tidak sepatutnya diperbesarkan kerana sejak dulu lagi dirinya sudah sebati dengan tarian.

"Ketika menyertai One In A Million dahulu, saya turut menari menerusi lagu Oop! I Did It Again, nyanyian Britney Spears, rasanya tarian saya ketika itu lebih teruk. Tetapi setelah rancangan itu berakhir, mereka bagaikan terlupa mengenainya.

"Kini, saya dikritik gara-gara aksi menari saya di konsert Mania minggu lalu, saya harap perkara ini tidak dipanjangkan. Saya tahu, mungkin ramai yang tidak biasa melihat saya begitu, tetapi saya berterima kasih kepada semua yang mengambil berat terhadap perjalanan karier saya hari ini," katanya tenang.

Shila turut memohon agar isu ini segera dihentikan. Pinta Shila, hati keluarganya harus dijaga.

"Apa yang mereka katakan boleh menyentuh hati dan perasaan orang tua kami. Saya sedar yang mengkritik ini bukan sahaja mereka yang sukakan saya, malah sebaliknya juga.

"Oleh sebab itu, saya menerima apa sahaja yang dikatakan dan mengambilnya sebagai satu iktibar. Walaupun ia negatif, tetapi saya pandangnya dengan cara positif," katanya.

Nampaknya Shila Amzah masih tenang menangani segala kontroversi yang melandanya. Namun, kami harap selepas ini Shila Amzah menjadikan kontroversi menari di konsert Mania ini sebagai iktibar.

Advertistment

Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
Kontroversi Shila Amzah Menari Di Konsert Mania, 10.0 out of 10 based on 1 rating

10 Artikel Pilihan Ramai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan