Nuffnang

Jumaat, 13 April 2012

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


Lisa Surihani Jadi Saingan <b>Maya Karin</b>

Posted: 10 Apr 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 10 APRIL 2012: Seperti mana juga peranan Maya Karin di dalam filem cinta Ombak Rindu yang terpaksa bersaing dengan Lisa Surihani untuk memiliki hati Aaron Aziz atau Haris, dia juga menganggap pelakon berkaliber berkenaan adalah pesaing terdekatnya bagi pencalonan kategori Pelakon FIlem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) yang baru berlangsung Ahad lepas.

"Lisa adalah antara pelakon yang diminati, juga mempunyai ramai pengikut dan berdasarkan undian saya merasakan Lisa yang akan memenangi kategori ini.

"Bagaimanapun aaya bersyukur kerana terpilih untuk kategori Pelakon Filem Wanita Popular bagi ABPBH 2011," ujar Maya Karin yang membawakan watak Izzah dalam filem Ombak Rindu.

Menurut Maya lagi, ramai yang menyukai wataknya di dalam Ombak Rindu dan sebagai seorang pelakon dia tidak suka untuk terus berlakon memegang watak yang sama berulang kali.

"Filem seterusnya yang dinanti-nantikan ialah Lagenda Budak Setan 2 dan 3. Di mana saya akan memegang watak sebagai Katerina dan ia memang berbeza dengan Izzah.

"Tapi untuk filem yang akan menjalani penggambaran pada Julai ini, saya akan membawakan watak yang lebih kurang sama dengan Izzah. Bagaimanapun tajuk filem ini masih lagi dirahsiakan," kata Maya Karin tentang watak Izzah yang sememangnya memberi kesan mendalam kepadanya juga para penonton.

Menurut Maya Karin lagi, dia akan menghadkan dua buah filem bagi setiap tahun, namun tahun ini merupakan rekod baru buatnya kerana dia akan muncul dalam tiga buah filem.

Jelas Maya Karin, masa untuk bekerja dan berehat harus sama rata dan penonton juga tidak akan melihat muka yang sama setiap kali mereka ke panggung wayang.

Ditanya mengenai perancangan muziknya yang sudah lama menyepi, dia lebih mahu menumpukan kepada bidang lakonan tetapi jika ada peluang dan sesuai dengan masa serta keadaan dia tidak akan teragak-agak untuk kembali menyanyi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan