Zizan Razak - Google Blog Search |
<b>Zizan Razak</b> menang pengacara TV lelaki popular Anugerah <b>...</b> Posted: 08 Apr 2012 11:03 AM PDT
Zizan Razak telah berjaya memenangi trofi pengacara TV lelaki popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011) edisi ke 25 yang berlangsung pada 8 April 2012 di Arena of Star, Genting Highland, Pahang. Zizan Razak memecah tradisi kategori pengacara TV lelaki popular apabila dia berjaya mengalahkan Aznil Hj Nawawi yang sudah bertahun-tahun memenangi kategori ini. Trofi itu disampaikan sendiri oleh Aznil. Selain Zizan, kategori itu turut disaingi Pengacara TV Lelaki Aznil Nawawi, Faizal Ismail Ally Iskandar dan Awal Ashaari. Anugerah yang dianjurkan kali ke-25 ini dimeriahkan dengan persembahan pembukaan dari Stacy, Alyah dan Datuk Siti Nurhaliza. Persembahan ketiga-tiga penyanyi ini mendapat iringan tarian dari pelakon tempatan seperti Watie Elite, Maria Farida dan pasangan suami isteri, Lisdawati dan Fauzi Nawawi. Di pertengahan anugerah yang diadakan secara langsung dari Arena Of Star, Genting Highland ini diserikan dengan persembahan tribute Tan Sri P Ramlee, Biduanita Saloma, Datuk Sharifah Aini, Datuk Sudirman Hj Arshad dan Datuk Siti Nurhaliza. Artis yang diberi mandat untuk segmen ini adalah Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, Najwa Latiff, Black, Bob dan Shila Amzah. Kemuncak persembahan ABPBH25 diakhiri dengan persembahan dari Salma Mentor, Hazama, Faizal Tahir dan Amy Search bersama Man Kidal menerusi segmen lagu-lagu berentak rock. Pengacara ABPBH25 ialah Zizan Razak, Didie Alias, Raja Azura dan Sharifah Shahira. Penyampai Anugerah ABPBH25 Nora Danish & Adi Putra Zizan Razak menang pengacara TV lelaki popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH25) April 2012 @ Lirikami |
You are subscribed to email updates from Zizan Razak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan