Nuffnang

Sabtu, 5 Mei 2012

6ixth Sense - Google Blog Search

6ixth Sense - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Versus: <b>6ixth Sense</b> Tebus Maruah Di Aksi Battle <b>...</b>

Posted: 04 May 2012 08:54 PM PDT

Setelah 2 minggu berada di pentas 'Battle' Versus dan tewas di tangan 2 kumpulan berbeza, 6ixth Sense akhirnya berjaya membuktikan kehadiran mereka di Versus bukanlah didasari sokongan peminat semata-mata. Sixth Sense berjaya memenangi 'Battle' mereka yang ketiga semalam pada Konsert Versus minggu keempat.

Ternyata aksi drum solo Wan menerusi lagu Hikayat Cinta berjaya membuatkan seluruh penonton di Space U8 Shah Alam terpukau dan menenggelamkan percubaan pertama Go Gerila! merebut ganjaran mingguan. Mereka membawa pulang RM 10,000 sekaligus menebus kehampaan 2 'Battle' mereka yang pertama. GUA berkesempatan menemui kumpulan yang popular dengan lagu Khatimah Cinta dan Menyesal ini sejurus selepas berakhirnya konsert malam tadi.

" Secara keseluruhannya kami gembira dan terharu dengan kepercayaan yang peminat berikan selama kami berada dalam Versus ini. Percaturan kami dalam Versus ini adalah untuk puaskan hati peminat dan juri pada setiap minggu. Alhamdulillah, kali ini usaha kami berjaya ".

"Berkenaan susunan dan komposisi muzik, memang kami dah rancang dengan teliti sebaik sahaja kami dapat tugasan. Setiap ahli Sixth Sense sumbangkan idea dan kami olah untuk jadikan ia satu karya yang baik ", ujar Sixth Sense yang menyampaikan lagu berhantu Aishah, Janji Manismu pada konsert keempat bertemakan 'Diva' itu.

Bercakap mengenai elemen kreativiti yang menjadi tunjang setiap persembahan kumpulan yang bertanding, Sixth Sense berkata gubahan muzik haruslah relevan dan bersandarkan satu tahap dimana identiti mahupun bentuk asal sesuatu muzik itu tidak boleh terlalu lain dari asal. Menurut mereka, elemen ini mempengaruhi penerimaan peminat terhadap persembahan yang mereka lakukan.

Sixth Sense turut berkongsi bersama Gua yang mereka akan tampilkan sesuatu yang sangat berlainan untuk konsert akan datang. Berpendapat 4 minggu yang pertama masih awal untuk mereka keluarkan 'senjata' mereka, Sixth Sense akan memberikan olahan dan eksperimentasi tersendiri untuk konsert minggu hadapan yang bertemakan 90-an.

Kepada semua peminat Sixth Sense kalau nak tahu apakah bentuk kelainan yang akan ditampilkan minggu hadapan, teruskan menonton Versus di saluran TV9!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan