Jamal Abdillah - Google Blog Search |
Pilihan Anda: Mak Datin mana pula lamar hati <b>Jamal Abdillah</b> ni? Posted: 28 Apr 2012 05:55 PM PDT 8:55 AM | Posted by Desperado LIMA tahun hidup menduda tidak menjadi masalah buat Raja Pop, Jamal Abdillah. Kebahagiaan penyanyi berusia 53 tahun itu berpaksikan karier serta dua permata hatinya, Osama Yamani, 11, dan Ahmad Zaki Yamani, 6. Itu merupakan alasan dia terus berjalan sambil melewati harinya.Umum mengetahui, Jamal yang sudah melebihi tiga dekad mencatur nasib sebagai anak seni, jarang terpalit gosip cinta. Cuma kebelakangan ini, dia didakwa menjalin hubungan cinta dengan wanita berstatus Datin. Jamal ketika diminta mengulas isu itu secara berseloroh mendakwa dia punya banyak Datin tetapi mereka hanyalah peminatnya. Pada waktu yang sama, dia turut mengaku berkawan rapat dengan sebilangan daripada mereka. Cuma tidaklah terarah hubungan istimewa seperti yang didakwa oleh sesetengah orang. "Saya lebih selesa hidup solo buat masa ini. Bohong kalau saya kata tiada perasaan hendak bercinta lagi. Kalau ada (teman wanita) sekarang, adalah. Kalau tiada, tidak mengapa," akui Jamal yang selama ini tidak pernah menyembunyikan cerita peribadinya daripada pengetahuan peminat. Sedar jawapannya itu belum cukup memuaskan hati pihak lain terutama media, Jamal menghuraikan maksud perkahwinan khusus buat dirinya. "Kalau hendak mencari teman wanita dan berkahwin sekarang semata mahu memenuhi keperluan semata-mata, itu makna perkahwinan berlandaskan nafsu. Dalam soal ini, saya belum ada getaran untuk mencintai orang lain sepenuh hati dan mendirikan rumah tangga semula tambahan pula sibuk dengan karier," terang Jamal dalam nada suara cukup matang usai mengharungi tiga episod kehancuran mahligai perkahwinannya. Penyanyi solo legenda ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Basariah Abdul Latiff, Nor Aina Yusuf dan Fatimatuzahra Samad. Jamal berpisah dengan Fatimatuzahra pada Mei 2007. "Saya selalu jumpa anak-anak. Anak sulung dijaga emak tiri saya manakala si bongsu dibesarkan oleh ibunya. Saya lihat kedua-duanya menunjukkan minat terhadap dunia nyanyian. Bayangkan Osama setiap hari buka laman YouTube sebab hendak menyaksikan persembahan saya. "Tahun depan Osama akan menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Sebagai bapa sudah pasti saya mahu melihat anak saya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Seboleh-bolehnya hendak memberi Osama lebih banyak kelas intensif selepas ini," ujar Jamal yang bakal menghiburkan kaum ibu sempena Hari Ibu tidak lama lagi. Bergelar putera kepada Zainon Hassan yang menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1991 akibat kencing manis dan darah tinggi, rupa-rupanya ada cerita yang terselindung di sebaliknya. Maka tidak hairanlah apabila wajah ceria Jamal pada awal bicara tadi segera bertukar suram kala berkongsi momen bersama si ibu. "Hargailah ibu bapa anda ketika mereka masih ada di dunia ini. Jangan jadi seperti saya yang kurang meluangkan masa dengan ibu ketika hayatnya masih ada. "Bayangkanlah, saya tidak menjenguk ibu selama enam tahun kerana sibuk memenuhi undangan nyanyian kerana terlalu ghairah mengejar populariti. "Biarpun lebih 10 tahun berlalu, saya akan terus mengingati jasa dan pengorbanan ibu. Saya juga dapati harta dunia tidak mampu menggantikan kasih suci ibu," tuturnya penuh beremosi. Atas alasan itu, pemilik vokal emas ini berikrar untuk memperlihatkan persembahan yang terbaik sempena Majlis Makan Malam Amal Hari Ibu 2012 yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pukul 8 malam pada 6 Mei ini. Selain Jamal, acara yang dianjurkan oleh MSis Events & Services itu turut diserikan dengan penampilan khas Ibnor Riza sebagai penyanyi undangan manakala Ifa Raziah selaku pengacara majlis. Menariknya, sebanyak 15 buah lagu akan didendangkan secara medley yang dipetik daripada album studio pertama Jamal hingga terbaru seperti Nasib Diriku, Cinta Selayang Pandang, Sendiri, Syukur, Cenderawasih, Syurga Di Telapak Kaki Ibu berlatarkan pemuzik iringan di bawah kendalian Belle Fatah. Tiket yang dijual pada harga RM250, RM350 dan RM500. Tempahan tiket boleh dibuat dengan menghubungi talian 019-2957063 atau 019-3844300. Related Posts : HIBURAN, KONTROVERSI, TERKINI Posted by Desperado on 8:55 AM. Filed under HIBURAN, KONTROVERSI, TERKINI . © 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini. |
You are subscribed to email updates from Jamal Abdillah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan