Nuffnang

Khamis, 24 Mei 2012

Aaron Aziz - Google Blog Search

Aaron Aziz - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Aaron Aziz</b> Lambat? - Gua.com.my

Posted: 17 May 2012 09:05 AM PDT

Setelah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian 2011, Aaron Aziz dikatakan sering lambat menghadiri majlis-majlis sidang media.

Namun Aaron menjelaskan bahawa perkara itu tidak disengajakan. "Saya ada shooting", kata Aaron ketika ditemui di majlis tandatangan perjanjian antara produk makanan, Yourgurt dan Aaron Aziz, di PWTC.

Baru-baru ini di majlis penyampaian hadiah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 di Holiday Villa, Subang, ramai wartawan dikatakan kecewa kerana tidak sempat menemuramah Aaron kerana dia tiba lambat dan pulang awal. Namun Aaron menjelaskan bahawa dia telah ditemuramah menerusi panggilan telefon sewaktu dalam perjalanan pulang dari majlis tersebut.

"Lepas majlis itu, wartawan tersebut telah menelefon saya dan saya ditemuramah sewaktu sedang memandu tapi menggunakan pembesar suara", ujar Aaron.

Sewaktu majlis penyampaian set rantai mutiara Rafflesia bernilai RM250,000 di Rafflesia Pearl Centre, Hotel Park Royal, baru-baru ini, Aaron menegaskan walaupun tiba sedikit lambat, dia berada di situ sehingga majlis selesai.

Pada majlis tandatangan perjanjian antara Yourgurt dan Aaron Aziz, dia juga tiba sedikit lambat. Aaron sempat memohon maaf atas kelewatan tersebut.

"Maaf, saya habis shooting lambat semalam. Saya betul-betul mohon maaf", katanya.

Begitulah penangan Bintang Paling Popular. Namun Aaron hanya manusia biasa dan tidak mampu memuaskan hati semua pihak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan