Misha Omar - Google Blog Search |
<b>Misha Omar</b> Tangguh Perkahwinan | Posted: 23 May 2012 08:00 PM PDT Nampaknya Misha Omar terpaksa bersabar sedikit sahaja lagi untuk sah bergelar isteri kepada Firos selepas majlis perkahwinan mereka terpaksa ditangguhkan. Bukan kerana ada keretakan perhubungan, tetapi kerana Misha ingin memberi peluang kepada Firos untuk menumpukan kerjayanya sebagai juruterbang MAS. Memang beruntung Firos mendapat tunang yang begitu memahami seperti Misha ini. Kata orang, jodoh maut di tangan Tuhan. Kalau dah tertulis jodoh Misha sememangnya dengan Firos, pasti suatu hari nanti akan bertaut jua. Buat masa ini, izinkan Abang Nara melahirkan rasa kagum kepada Misha yang sanggup bertolak ansur demi kerjaya bakal suaminya. Iyerlah, Misha pun bukannya muda sangat. Lagipun orang kata tak manis bertunang lama sangat kerana takut dugaan yang menimpa. Apa-apa pun, sama-sama kita doakan agar pertunangan Misha ini akan sampai ke jinjang pelamin selepas segalanya selesai. Amin ~~ Baca Yang Ini Pulak:- |
<b>Misha Omar</b> Tangguh Perkahwinan Demi Karier Bakal Suami Posted: 23 May 2012 03:13 PM PDT Misha Omar merupakan antara salah satu nama yang agak besar di Malaysia melalui lagu seakan 'berhantu' beliau iaitu Pulangkan. Misha yang juga telah mengikat tali pertunangan pada Februari 2012 yang lepas bersama Firos Ezzwan Rossly khabarnya terpaksa menunda tarikh perkahwinan mereka yang dijangka pada September tahun ini. Ini kerana,Firos tunang kesayangan Misha yang bekerja sebagai juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (MAS) memerlukan tumpuan yang sepenuhnya terhadap kerjaya ketika ini. Misha mengulas, beliau tidak mahu mengganggu kerjaya dan tumpuan Firos memandangkan kini tunangnya itu sedang menjalani latihan penerbangan membawa pesawat Airbus yang mana sebelum ini Firos membawa pesawat Boeing 737. Latihan yang perlu dijalani oleh Firos akan mengambil masa selama enam sehingga sembilan bulan yang mana, bakal menjejaskan tumpuan beliau ketika sesi latihan jika terpaksa menguruskan perkahwinan nanti, dakwa Misha Omar. Mengimbas semula sejarah percintaan antara Misha Omar dan Firos, hubungan mereka dahulu pernah terputus di tengah jalan, sebelum menyambung kembali dengan ikatan yang lebih kukuh kini. Namun kata Misha, beliau tidak merasa bimbang akan penangguhan perkahwinan kerana yakin ketentuan Allah, jika ada jodoh, pastinya tidak akan kemana. Syabas jika Misha sidah bijak dan matang dalam menilai sesuatu perhubungan dan menyerahkan ketentuan di tangan Allah. Kami harapkan kesudahan yang baik untuk Misha dan Firos nanti, Amin… |
You are subscribed to email updates from Misha Omar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan