Nuffnang

Khamis, 17 Mei 2012

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Luahan Hati <b>Alyah</b> - Gua.com.my

Posted: 16 May 2012 08:39 PM PDT

Laporan Buletin Utama tentang adik lelaki penyanyi Alyah, Mohd Faizal Abu Hassan yang dihadapkan di Mahkamah Seksyen Johor Bahru atas pertuduhan melakukan samun terhadap seorang ahli perniagaan warga Singapura minggu lalu pasti mengejutkan ramai pihak.

Ramai yang  ingin tahu reaksi penyanyi ini, tetapi Alyah gagal dihubungi.  Menurut kenalan rapat penyanyi ini, Alyah dan ahli keluarga yang lain mendapat tamparan cukup besar.

Bagaimanapun, malam kelmarin Alyah akhirnya tampil memberikan kenyataan kepada peminat-peminat. Bukan mengadakan sidang media, tetapi meluahkan perasaannya di laman sosial Twitter dan Facebook.

Jelas Alyah, tahun ini sambutan Hari Ibu disambut dengan tangisan oleh ibunya kerana mendapat berita yang sangat mengemparkan. Dalam masa yang sama, Alyah juga berharap pihak yang membuat laporan boleh menjalankan tugas dengan sebenar-benarnya.

Berikut petikan luahan perasan Alyah berhubung kes ini:-

"Selamat hari ibu buat semua ibu2 didunia....Tahun ini ibu saya menyambut hari ibu dgn tangisan.Dihadiahkan dgn berita yg sgt mengemparkan keluarga.diaibkan dgn lontaran menyebut2 nama saya..saya redha."

"Buruk atau baik, busuk atau wangi dia tetap adik saya. Saya harap pihak yang berkenaan dapat menjalankan tugas dengan sebenar-benarnya. Duit boleh buat apa sahaja di dunia ini, boleh menuduh, boleh mengaibkan, boleh menjatuhkan. Tapi hanya di dunia."

"Terima kasih kepada yg meng war-war kan berita ini.Bygkan bila hari ibu di sambut oleh ibu anda dgn tangisan dan jatuh kerana sakit menerima berita musibah...apa kah perasaan anda???tak termasuk kata2 dari org kg."

"Saya redha apa pun dugaan dari Allah swt. Saya bekerja keras buat mak dan family. Saya cuma ada mak. dia segala-galanya dalam hidup saya. Selamat Hari Ibu… mak. Semoga kita dapat lalui semua ini dengan hati yang terbuka. Insya allah."

Selepas membaca luahan hati Alyah ini, GUA cuba menghubunginya bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Ini kerana daripada kata-kata yang tertulis itu, ia menggambarkan seolah-olah ada kisah lain yang tidak dilaporkan. Bagaimanapun, kedua-dua nombor telefon yang diberikan Alyah sebelum ini sudah tidak terdapat di dalam perkhidmatan.

Untuk makluman semua, kes adik Alyah  disiasat dibawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara 10 tahun, denda atau sebatan. Hakim menetapkan tarikh 29 – 31 Mei sebagai tarikh membela diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan