Jue Aziz - Google Blog Search |
Siapakah Awek Baru Jehan Miskin Selepas <b>Jue Aziz</b>? Posted: 11 May 2012 07:06 PM PDT KUALA LUMPUR – Semua peminat setia pelakon Jehan Miskin semestinya tahu bahawa Jue Aziz merupakan bekas kekasihnya tetapi persoalannya siapakah kekasih baru aktor kacak ini selepas percintaannya selama beberapa tahun itu terputus di tengah jalan baru-baru ini? Menurut pelakon dan model berusia 33 tahun ini, dia mengakui sudahpun mempunyai kekasih hati yang baru, namun dia belum bersedia untuk mendedahkannya kepada pihak media massa mahupun para peminatnya kerana merasakan masanya belum tiba lagi untuknya berbuat demikian. "Saya memang sudah ada awek (kekasih) yang baru tetapi buat masa ini saya tidak mahu mendedahkan dahulu siapakah orang itu. Apa yang boleh saya beritahu, saya sudahpun berkenalan dengan kekasih saya itu sejak setahun yang lalu dan perhubungan kami semakin intim. "Bagaimanapun, kami belum mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam waktu terdekat ini. Ini kerana, saya sibuk berlakon dan menguruskan syarikat yang baru saya tubuhkan iaitu Mastermind Group Sdn. Bhd," katanya sewaktu ditemui di Putrajaya baru-baru ini. Jelas Jehan dia kini bukan setakat berlakon tetapi turut mula menerbitkan drama televisyen (TV) antaranya yang berjudul Suka Benci Kamu dan Buta Warna bersama seorang rakan kongsinya di mana ia akan disiarkan di salah sebuah TV swasta tidak lama lagi. Pada masa sama, dia juga baru habis menjalani penggambaran filem terbaru arahan Mamat Khalid yang bertajuk Amukan Frnakenstein yang diadakan di Taiping, Perak minggu lalu selain sibuk terbabit dalam rancangan Master Chef Celebrity terbitan Astro pada dua minggu lepas. "Sejak kebelakangan ini saya memang sibuk dengan berlakon dan terbabit dalam rancangan Master Chef Celebrity sampaikan saya terpaksa meluangkan masa untuk belajar memasak. Dalam seminggu saya memasak lapan kali sewaktu terbabit dalam rancangan tersebut. "Dalam rancangan itu, saya mewakili badan amal iaitu Malaysia Aids Council di mana ia bertujuan mengisi dana badan terbabit. Apatah lagi, selepas ada syarikat produksi sendiri, maka semakin sibuklah saya sampaikan hendak dating dengan awek pun tidak ada masa," ujarnya lagi. – mynewshub.my Iklan Teks:Berita Berkaitan:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from Jue Aziz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan