Nuffnang

Jumaat, 18 Mei 2012

Awan Band - Google Blog Search

Awan Band - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Muafakat Tasha Shilla & <b>AwanBand</b> - Gua.com.my

Posted: 14 May 2012 09:00 AM PDT

Bukan mudah untuk memikat Tasha Shilla.

"Kami hanya tanya-tanya sahaja, sudi ke?" kata Faris, sambil mengerling ke arah Tasha Shilla.

Tidak gentar dengan usikan, Tasha menjawab, "Okay, boleh masuk meminang sekarang."

Awan Band telah memikat Tasha untuk muncul dalam video muzik mereka  dari 'single' kedua - Lintasan Bintang. Kerjasama mereka dikhabarkan kepada pihak media di satu majlis sederhana yang berlangsung di Restoran Ayam Penyet AP di Dataran DwiTasik, Bandar Sri Permaisuri hari ini.

"Saya Google AwanBand dulu," kata Tasha. "Sebab bila saya dihubungi, saya sebenarnya tak pernah dengar pasal mereka. Selepas saya tengok diorang ni memang terkenal dalam scene 'underground', saya pun berminat untuk membantu mereka menjayakan video muzik Lintasan Bintang."

Apa yang pasti Tasha temui menerusi carian Google adalah butiran AwanBand yang bergabung pada tahun 2007 dan mereka dianggotai Faris (vokal), Ully(gitar utama), Boboi(gitar kedua), Ijan(dram) dan Hasnurr(bass).

Video arahan Juril Jumali itu mengambil naratif daripada lirik lagu Lintasan Bintang.

"Lagu ini mengenai dua orang - jejaka dan gadis - yang kenal semasa kecil, kemudian terpisah," kata Juril. "Selepas mereka bertemu semula, timbul pula bibit cinta."

"Tapi, selepas itu, muncul teman lelaki si gadis, lalu memberikan sebentuk cincin," ujar Tasha pula. "Jadi, gadis itu terperangkap dalam dilema - cinta dengan 'childhood sweetheart' atau dengan teman lelaki yang memberikannya cincin."

Pemain gitar kedua AwanBand, Boy, mempunyai minat dalam fotografi, telah bekerjasama dengan Juril dalam membentuk imejan yang dinginkan.

Sementara itu, kisah yang agak serius diketengahkan oleh Lintasan Bintang disesuaikan dengan personaliti AwanBand yang nakal.

"Saya memasukkan elemen-elemen komedi dalam video muzik ini, sebab ia bukan sesuatu yang berat," kata Juril.

Penggambaran baru sahaja disempurnakan hari ini, dan selepas pasca-producksi, video muzik AwanBand ini, dibintangi Tasha Shilla, akan siap pada hujung bulan Mei 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan