Nuffnang

Jumaat, 18 Mei 2012

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Bilik 7 - <b>Lisdawati</b> Imbas Kembali Insiden <b>...</b>

Posted: 26 Apr 2012 12:41 AM PDT

Siapa yang tidak kenal dengan aktres Lisdawati yang juga merupakan isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi? Kerana berstatuskan selebriti, yang baik mahupun yang buruk semuanya terdedah kepada tatapan umum.

Saat ditanya pada Lisdawati tentang label 'artis kontroversi', tegasnya dia tidak mahu di gelar artis kontroversi. Sebaliknya, orang yang mencipta kontroversi untuknya.

Jika ditanya pada GUA apa kontroversi paling hebat yang pernah memalitkan Lisdawati, semestinya insiden bercakaran antara Rita Rudaini dan dirinya.

Walaupun enam tahun sudah berlalu, namun kejadian itu mendapat liputan meluas di dada akhbar. Apa tidaknya bila kedua-duanya bergelar pelakon popular, pernah berkawan baik ("Saya pernah sayang dia sebagai seorang kakak, dia pernah suap saya ketika tangan saya sakit, saya pernah tidur di ribanya") tetapi entah mengapa boleh bergaduh sambil tarik-tarik rambut sampai jatuh kolam, "kena rendam, kena bambu habis-habisan di situ". Tak tumpah seperti babak dalam drama minggu ini.

Hari ini, kedua-duanya sudah pun berumahtangga - walaupun baru-baru ini, Rita dimaklumkan suaminya Aidil Zafuan bahawa dia sudah memfailkan permohonan cerai sementara Lisdawati pula sebelum ini terpaksa berdepan dengan tuduhan suaminya memiliki kekasih gelap - dan masing-masing memiliki dua pasang cahayamata.

Tetapi persoalan yang masih berlegar di fikiran ramai, apa sebenarnya yang telah berlaku pada hari itu di antara Rita dan Lisdawati, yang ketika itu dikenali sebagai Nisdawati.

Jika anda ingin tahu, anda mesti saksikan 'Bilik 7' di ntv7 jam 9 malam ini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan