"Niat pembikin filem hasilkan karya selain atas faktor keuntungan adalah untuk memberi kesedaran dan pengarahan kepada masyarakat. Apabila terjebak dengan ilmu hitam atau perkara negatif, akan berlakulah akibat yang kita paparkan dalam filem ini," katanya.
"Apa nak risau. Macam saya cakap tadi, saya buat atas dasar logik dan profesional. Lagipun ketika bersama Handyblack 12 tahun lalu, macam-macam sudah saya lalui. Saya menceburi bidang lakonan untuk tunjukkan kebolehan saya. Tak sangka pula apabila terbabit dalam arena ini, kredibiliti saya tercabar dan dicabar dengan adegan panas tetapi tidaklah melampaui batasan.
"Setakat ini, belum ada yang labelkan saya simbol seks. Kalau mahu gelaran itu, bagi saya kenalah berani buat melebihi apa yang saya sudah buat. "Apapun tanggapan masyarakat nanti, saya mengharapkan filem ini dapat diterima baik. Pengarah dan barisan pelakon sudah berikan yang terbaik dan kami harapkan magis berlaku terhadap Keramat," katanya.
Filem arahan Azhari Zain yang menjalani penggambaran sekitar Shah Alam, Kuala Lumpur dan Ijok, Kuala Selangor ini mengisahkan seorang lelaki bernama Habib yang hidup pada 1900, difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Habib dipukul penduduk kampung diketuai Jabar, abang Mustika. Habib yang bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang menutup wajahnya ditarik orang kampung dan berlakulah peristiwa dahsyat di mana semua penduduk kampung mati kerana cahaya terang yang terpancar daripada rupanya.
Di zaman ini pula, kehidupan dua beradik Nazmir dan Nasti (Hairul Azreen) mula dihantui pelbagai kejadian pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi dalam kandungan Syazura (Rebecca Nur Al-Islam), isteri Nazmir. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampung suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar, sekali gus mendedahkan sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan