Nuffnang

Ahad, 20 Mei 2012

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


<b>Faizal Tahir</b> Sudah Terbuka Dedahkan Keluarga

Posted: 24 Apr 2012 10:45 PM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

PETALING JAYA, 24 APRIL 2012: Jika sebelum ini penyanyi, Faizal Tahir sangat berkeras untuk tidak mendedahkan keluarganya tetapi kini tidak lagi selepas dia dan anak-anaknya muncul dalam sebuah kempen.

Kempen itu adalah kempen kesihatan mulut yang berlangsung sepanjang bulan April ini.

Bukan sengaja mahu melanggar prinsipnya sebelum ini, tetapi Faizal Tahir berkata dia bersetuju untuk mendedahkan keluarganya ke dalam kempen itu atas sebab yang kuat.

"Sebenarnya saya dan anak sahaja diambil sebagai model untuk mempromosikan kempen bulan kesihatan mulut.

"Saya menerima tawaran ini kerana bagi saya ianya sesuatu aktiviti dan amalan yang baik untuk anak saya dan masyarakat.

"Memang sebelum ini saya tidak akan membenarkan atau bersetuju untuk anak saya dikenali selain hanya saya sahaja sebagai penyanyi.

"Namun, kali ini berbeza kerana anak saya dikenali untuk menjayakan sesebuah kempen yang berfaedah begini.

"Walaubagaimanapun jika untuk tujuan publisiti kepada keluarga saya, mungkin ia tidak akan berlaku.

"Terus-terang saya akan menolak jika media mahu keluarga saya terlibat dalam penggambaran gambar untuk mana-mana surat khabar atau majalah," katanya yang ditemui selepas sidang media Dutch Lady dan dia sebagai penyanyi lagu tema produk tersebut.

Anak-anak Faizal Tahir yang terlibat adalah Ahmad Mikael Zidane, 7, Siti Raudhah Nur Iman, 5, Ahmad Rifa'ie Zidane, 3, dan Siti Rawdha Nur Jannah, setahun.

Buat pertama kalinya tahun ke-9 kempen kesihatan mulut anjuran ubat gigi Colgate itu menampilkan selebriti sebagai strategi promosi.

Meksipun melibatkan hampir kesemua keluarganya, namun Faizal Tahir masih lagi tidak mahu mendedahkan isterinya dari dikenali umum seperti sebelum ini.

"Dalam kempen ini saya dan anak saya sahaja menjalankan penggambaran video promosi sebelum menjelangnya bulan kempen iaitu April.

"Isteri saya sahaja tidak terlibat dalam promosi kempen ini dan saya rasa sampai bila-bila pun tidak mungkin dia akan tampil ke depan.

"Lagipun, ini permintaan isteri saya juga yang tidak mahu dikenali dan terkenal sama seperti saya untuk menjaga privasi," luahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Faizal yang akan muncul dalam perayaan Hari Susu Sedunia anjuran Dutch Lady pada 27 May ini bakal menyanyikan lagu khas ciptaanya dan Audi Mok berjudul Go Malaysia, Go! pada hari tersebut.

Selain itu, dia yang masih dalam proses menyiapkan album terbaru bakal muncul dengan album tersebut dalam dua bahagian atau volume. Album volume pertama dijangka akan muncul pada Jun ini

"Dalam perancangan setiap volume akan keluar dengan 10 buah lagu.

"Saya kini baru selesai merakamkan 7 buah lagu untuk volume 1.

"Apa yang pasti album yang mengambil masa lebih dua tahun untuk dihasilkan ini akan menampilkan sesuatu yang sangat berbeza daripada diri saya sebelum ini,"tambahnya lagi yang dijangka muncul dengan album volume 2 pada penghujung tahun ini juga.

Tiada ulasan:

Catat Komen