Wan Sharmila - Google Blog Search |
<b>Wan Sharmila</b>: Watak Keibuan Satu Cabaran | BERITA TERBARU! Posted: 19 May 2012 08:30 PM PDT BERMULA 22 Mei ini, sebuah drama bertajuk Arah Lain Ke Syurga bakal menemui penonton menerusi saluran TV2. Drama ini mengandingkan Wan Sharmila Wan Mohamed, 31, dan Norman Hakim, 36, akan ke udara jam 10 malam. Berbicara mengenai watak yang dibawanya, Wan Sharmila ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, dia tidak sangka ditawarkan watak yang berlainan berbanding drama sebelum ini. "Dalam drama ini, saya memegang watak sebagai Qaseh yang pada mulanya merupakan seorang gadis naïf yang cuba melarikan diri dari rumah kerana terlalu mengikut kekasih. "Qaseh berubah menjadi seorang wanita yang tabah dan cekal apabila dia terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu. Mengulas lanjut mengenai watak tersebut, Sharmila mengakui ia agak mencabar kerana susah untuk menjadi seorang ibu yang mempunyai sikap keibuan yang sangat penyayang. "Sebenarnya memang susah nak bawa watak ni, sebab saya tidak pandai memegang bayi dan saya risau jika bayi tersebut akan terjatuh. "Tambah pula, saya belum pernah ada anak, dan watak ini jarang dibawa oleh saya sendiri," katanya lagi. Bagi Sharmila, ini adalah satu cabaran kerana dia perlu mendalami naluri menjadi seorang ibu yang sangat menyayangi anaknya walaupun hanya anak angkat. Bagaimanapun, dia gembira kerana dapat melakonkan watak sebegini buat pertama kalinya. Tidak ketinggalan, Sharmila sedang menjalankan drama bersiri terbarunya bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk Musim Cinta Belum Berlalu. About The AuthorRelated posts |
You are subscribed to email updates from Wan Sharmila - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan