Kilafairy - Google Blog Search |
Ayah Tidak Suka <b>Kilafairy</b> Berlakon Watak Gedik Dan Penggoda <b>...</b> Posted: 15 May 2012 03:08 AM PDT Selepas kemunculan Kilafairy di dalam filem 'Karak', pelakon yang terkenal dengan susuk tubuh yang seksi ini seakan menyepi seketika daripada dunia lakonan, namun semua itu terjawab apabila Kilafairy sendiri mengatakan yang beliau agak 'memilih' watak kebelakangan ini yang sesuai dengan dirinya. Menurut Kila, beliau sudah selalu sangat membawakan watak penggoda dan perempuan gedik dan baginya watak itu tidak sesuai dengan usianya yang hanya 20 tahun. Tambah Kilafairy, ayahnya juga tidak menyukai melihat beliau melakonkan watak gedik dan menggoda. Kila hanya menurut kata ayahnya demi kebaikan untuk diri sendiri. Terbaru,Kilafairy melakonkan watak pelajar kesayangan guru di dalam filem Hoore! Hoore! Walaupun masih terselit sedikit watak jahat, namun Kila akui gembira melakonkan watak itu kerana dapat menyanyi dan menari. Bagi kami, kalau mengikut kepada paras Kila, sukar rasanya untuk mendapat watak baik suci, namun, rezeki Allah, siapa yang tahu bukan?Mana tahu ada produksi yang mahu membuat kelainan dengan mengambil Kila sebagai watak 'Lindungan Ka'bah' pula selepas ini. Apa pun, kami hormat pada keputusan Kila yang mendahulukan ayah dalam kerjayanya, Keep it up girl! |
You are subscribed to email updates from Kilafairy - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan