Nuffnang

Selasa, 15 Mei 2012

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


<b>Zizan Razak</b> kena Santau? | iMBobo

Posted: 15 May 2012 04:22 AM PDT



Alhamdulillah Zizan Razak telah pulih dan kembali ke Gelanggang Super Spontan minggu ke 7 yang lalu. Memang ramai yang ternanti-nanti Zizan kembali beraksi. Tiadanya kelibat Pemenang Anugerah Pengacara Lelaki Popular ABPBH 2011 itu di dalam Super Spontan kelihatan hambar.
Dari segi raut wajah dan penampilannya dalam Melodi dan Super Spontan, kita boleh lihat wajah orang sakit yang baru nak sembuh. Adakah Zizan sudah pulih sepenuhnya? Namun, ada suara-suara sumbang yang mengatakan Zizan terkena "tuju-tuju". Betul ke?
Begini lah pemikiran Melayu tipikal. Apabila sesorang itu jatuh sakit selepas individu tersebut mencapai kejayaan, pasti ada suara-suara liar yang mengatakan individu tersebut kena santau, kena buatan orang, ada orang dengki.
Kita kena ingat ye, yang sakit itu datang dengan kebenaran Allah. Semua yang berlaku ada sebab dan hikmahnya kecuali seseorang itu memang cari sakit lah kan. 
Kepada mereka yang bergosip macam ni, hentikan lah. Sebab kita takut orang lain pun dikaitkan dan akhirnya menjadi fitnah yang amat dasyat.
Pesanan kepada Zizan: Jagalah kesihatan bro, jangan kerja terlalu kuat sangat sampai memudaratkan diri sendiri ye. Makan banyak sayur tau! hehe
Berbuat baik lah kita sentiasa diatas muka bumi ni dan sentiasa memohon pelindung dari Allah supaya terhindar dari santau menyantau ni.
Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasanya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan