kumpulan Sofaz - Google Blog Search |
Ini Dia Kekasih Are-Meer <b>Sofaz</b> | MySelebriti.Com Posted: 15 Mar 2008 05:00 PM PDT Nah, ini dia! Dalam dok sembunyikan kekasih hati, akhirnya Niezam menerima beberapa gambar yang dikirimkan peminat melalui e-mel. Gambar-gambar kemesraan penyanyi kumpulan Sofaz iaitu Are-Meer dengan gadis bernama Yanie itu bagaikan mengesahkan mereka pasangan kekasih. Sebelum ini Niezam pernah tanya Are-Meer siapakah kekasihnya sebab ada gosip mengatakan dia bercinta dengan seorang pegawai promosi (PR) sebuah syarikat rakaman. Tapi Are-Meer menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan bekas PR SRC itu. Sebaliknya dia kata hubungan mereka pun macam artis dengan PR sahaja. Tak ada lebih-lebih. Itu kata Are-Meer. Rupa-rupanya memang cintanya bukan dengan bekas PR SRC itu tetapi dengan pengurus kepada kumpulan Spider. Menurut e-mel itu lagi, cinta Yanie dengan Are-Meer sudah terjalin lebih setahun lalu cuma pada 18 Januari lalu barulah Are-Meer meluahkan cintanya. "Mengambil tarikh 18 haribulan sempena hari lahir Are-Meer (lahir pada 18 Januari 1983), dia melafazkan cintanya kepada Yanie. "Sekarang ni sah mereka tu pasangan kekasih. Harap-harap mereka tak berahsia lagi," cerita pengirim e-mel itu. Niezam pun berharap macam itulah. Lagipun ramai yang dah nampak Are-Meer dan Yanie selalu keluar bersama. Kalau dah sah sebagai kekasih hati, tak ada masalah lagi. Tak gitu! Lepas ni Are-Meer tak perlulah nak sorok-sorok ye! Bukan apa, kata orang tua-tua kalau main sorok-sorok takut nanti kena sembunyi. NIEZAM: Teringat juga pesan orang tua, kalau takut mimpi hantu, tidur malam basuh kaki. Powered by Utusan Malaysia |
You are subscribed to email updates from kumpulan Sofaz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan