Nuffnang

Sabtu, 19 Mei 2012

Memey Suhaiza - Google Blog Search

Memey Suhaiza - Google Blog Search


<b>Memey Suhaiza</b> Anggap Busana Perkahwinan Dipamer Di Muzium <b>...</b>

Posted: 29 Nov 2011 04:04 PM PST

Momen bahagia pasangan kontroversi, Memey Suhaiza dan Norman Hakim yang telah melakar sejarah perkahwinan termahal, bernilai RM12 juta seakan terus berpanjangan,  apabila busana perkahwinan mereka kini dipamerkan di Muzium Negara.

Bertempat di Dewan Tengah Muzium Negara, pameran yang bertemakan 'Busanan Perkahwinan Mutiara' yang berlangsung dari 26 November hingga 31 Disember 2011 ini akan mempamerkan gaun perkahwinan Memey tajaan Rafflesia bernilai RM500,000, gaun perkahwinan rekaan Vera Wang berserta veil bertatah mutiara Rafflesia bernilai RM500.000, dua kasut perkahwinan Memey bertatah mutiara putih dan keemasan Laut Selatan Rafflesia ilham Profesor Dato' Jimmy Choo bernilai RM290,000 dan RM380,000 serta dua persalinan tuksedo Norman dihiasi butang dan cufflinks mutiara Rafflesia.

Memey ketika ditemui di sidang media Pameran Busana Perkahwinan Mutiara di Muzium Negara petang semalam mengucap syukur atas penghormatan terbesar yang diberi kepadanya.

"Siapa sangka baju yang dipakai ketika hari bahagia dipamerkan di Muzium Negara. Saya rasa sangat-sangat bertuah mendapat peluang seperti ini," ujar Memey.

Menyedari pasti ada hati yang kurang senang dan mengecam pasangan pengantin yang baru melayari bahtera selama dua bulan ini berikutan ada yang merasakan mereka kurang layak menerima pengiktirafan seumpama ini, Memey dengan tenang menjawab bukan busana perkahwinan mereka sahaja yang dipamerkan di Muzium Negara.

"Sudah banyak kata-kata negatif dilemparkan terhadap saya. Mereka di luar sana harus faham bahawa ada baju lain juga yang dipamerkan seperti baju Dato' Siti Nurhaliza, Amber Chia, Ning Baizura dan sebagainya,"

"Saya tidak peduli lagi segala kata-kata negatif kerana saya rasa saya insan bertuah kerana dipilih menjadi sebahagian yang menyertai pameran ini," jelas Memey lagi.

"Ini adalah peluang dan rezeki saya, jadi kenapa saya perlu dengar kata-kata orang yang hendak menjatuhkan saya. Saya harap pameran ini sebagai satu benda yang positif kepada masyarakat di luar. Jangalan timbulkan kontroversi negatif kerana ini adalah kolaborasi saya dengan pihak lain. Saya harap tidak ada lagi yang mempertikaikan perkara ini. Perlu diingat, ini bukan kehendak saya tapi pihak lain yang hendak ia dipamerkan," tambah Memey lagi.

Selain busana perkahwinan Memey dan Norman yang dipakai ketika majlis resepsi bertemakan 'New York', antara koleksi busana yang dipamerkan adalah busana perkahwinan Ning Baizura rekaan Rizman Ruzaini bernilai RM150,000, busana perkahwinan Dato' Siti Nurhaliza bertatah mutiara Rafflesia rekaan Khoon Hooi bernilai RM300,000, busana peragawati tersohor, Amber Chia rekaan Keith Kee bernilai RM280,000 serta beberapa lagi busana selebriti turut jadi tontonan umum.

Tiada ulasan:

Catat Komen