Kilafairy - Google Blog Search |
Gambar <b>Kilafairy</b> di Pelancaran AKU SUDIRMAN | Sensasi Selebriti Posted: 12 May 2012 07:15 PM PDT Lama betul tak jumpa dengan Kilafairy. Budiey masih ingat lagi, kali terakhir jumpa dia masa Budiey hadir di Majlis Prebiu Filem Karak. Itu pun tak sempat nak berbual santai dengan anak kepada penyanyi terkenal era 80an, Rohana Jalil ni. Namun, pada 11 Mei lalu, Budiey sempat juga berjumpa dengan Kilafairy di Majlis Pelancaran AKU SUDIRMAN di Zebra Square, Off Jalan Tun Razak. Di sebalik dirinya yang makin cun melecun, Budiey rasa Kilafairy makin kurus dan langsing. Ke memang dari dulu lagi dia slim macam ni? Macam-macam cerita Budiey dengar pasal pelakon dan penyanyi ni. Kira, Kila antara yang terpalit gak dengan kisah kontroversi. Kita lupakan seketika tentang beberapa kisah sensasi Kilafairy kerana tak lama lagi sebuah filem lakonan beliau akan ditayangkan di pawagam. Semasa Budiey menemubual Kilafairy, Kila kata dia ambil tawaran untuk berlakon filem Hoorey Hoorey sebab dia nak sangat berlakon dalam filem muzikal di mana dia perlu berlakon, menari dan menyanyi. Watak yang dipegang oleh Kila pun boleh tahan jugak di mana Kila memegang watak antagonis, jenis yang mahu lebih popular dari orang lain. Pendek kata, nak tahu lebih lanjut, kena tonton filem Hoorey Hoorey arahan Saw Teong Hin ni. Budiey rasa filem ini menarik sebab ada menampilkan lagu-lagu Allahyarham Dato' Sudirman yang diolah semula ke dalam bentuk yang lebih segar. Unik gak la kan? Video Temubual Santai Bersama Kilafairy Perkembangan terkini, Kilafairy sekarang telah menyiapkan lagu single terbaru yang disiapkan dalam dua versi iaitu dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Lagu berjudul Pasti ini ditulis sepenuhnya oleh Amelia AF. Eh, lama tak jumpa Amelia ni. Selain sibuk dengan jadual pembelajaran, Kila juga sibuk dengan butik yang diusahakan bersama kakaknya di USJ. Insyaallah, butik ini akan dilancarkan pada awal bulan depan. Konsepnya agak fantasi. Haa… sesuailah dengan Kila-Fairy. Warna butik ni semua putih dan ada dua tingkat. Kakaknya selaku pereka fesyen, manakala Kila pula akan fokus kepada rekaan kasut. Terbaru, Kila baru sahaja tamat pengambaran drama Tanah Kubur arahan Rashid Sibir. Gambar Terbaru Kilafairy. Tags: KilafairyClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Kilafairy - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan