Nuffnang

Selasa, 12 Jun 2012

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


<b>Shaheizy Sam</b> Menyanyi Iklan Mamee Pun Best

Posted: 25 May 2012 09:44 PM PDT

Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Shaheizy Sam kini menampilkan dirinya bukan sebagai pelakon sahaja, malah kini sebagai penyanyi.

Jika anda terdengar suara merdu di dalam iklan produk mee segera, Mamee, itulah suara lunak Shaheizy Sam. Beliau telah menerima tawaran menjadi duta bagi produk tersebut.

Nampaknya Shaheizy Sam bukan sahaja berjaya membawa watak di dalam filem-filem sebelum ini seperti Adanan Sempit dan Ngangkung, malah beliau kini mula menceburi bidang nyanyian. Bak kata orang, kalau dah berbakat tu, semua boleh.

Selain itu, Shaheizy Sam juga menunjukkan bakat nyanyiannya di dalam filem Aku Ada, Kau Ada yang mula ditayangkan di pawagam 24 Mei lalu.

Filem arahan Ayu Puteh itu dilakonkan di Korea dengan menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Kamal Adli dan ramai lagi.

Di dalam filem itu, Shaheizy Sam bergandingan bersama Yana Samsudin menyanyikan lagu Beginilah Caranya yang merupakan lagu tema bagi filem tersebut.

Nampaknya, bakat Shaheizy Sam bukan sahaja dalam bidang lakonan, malah kini ke bidang seni suara.

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Komen