Nuffnang

Selasa, 12 Jun 2012

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


Elemen Islamik Cabaran Terbaru Filem <b>Syamsul Yusof</b> - Berita <b>...</b>

Posted: 18 May 2012 08:11 AM PDT


PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof mengakui cabaran utama dalam menghasilkan filem terbaru Jalan Kembali... Bohsia 2 adalah untuk mengimbangi elemen aksi, drama, komedi dan Islamik itu agar ia tidak klise.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Yusof, 28, berkata sebagai pengarah yang turut menulis skrip filem itu bersama sepupunya Rizal Ashref, dia perlu memastikan kandungan karya berkenaan padat dengan unsur-unsur hiburan dan mesej tetapi mempunyai kelainan daripada filem-filem sebelum ini.

"Cabaran paling besar yang saya hadapi adalah untuk memastikan filem ini berbeza dan tidak klise daripada filem-filem aksi yang pernah dihasilkan.

"Sebenarnya amat sukar untuk mengimbangi elemen-elemen aksi, drama, komedi dan Islamik dalam sebuah filem yang bertemakan rempit," ujarnya kepada mStar Online.

Katanya, buat julung kali juga, dia menyelitkan elemen Islamik dalam filem bertemakan rempit dan kritikan sosial sebagai mesej.

"Ini pertama kali saya masukkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis dalam dialog filem ini sebagai pengajaran kepada penonton.

"Yang penting, dalam menghiburkan penonton kita perlu imbangi sesebuah filem dengan mesej dan pengajaran," jelasnya.

Dalam pada itu, bapa kepada Syamsul selaku penerbit filem itu, Datuk Yusof Haslam berkata dia masih melakukan pemantauan terhadap filem itu bagi menjaga perkara-perkara sensitif yang boleh mengundang kontroversi atau isu di kemudian hari.

"Saya masih jalankan pemantauan dan tapisan sendiri pada filem ini walaupun saya akui memberi kebebasan kepada Syamsul untuk berkarya. Untuk kesesuaian dengan selera penonton dan peredaran masa, filem begini perlu bersifat lebih realistik.

"Kita tidak boleh terlalu sekat itu dan ini semata-mata untuk mengawal kandungannya tetapi tapisan masih perlu supaya apa juga elemen yang agak panas dan provokasi masih boleh diterima umum," hurainya.

Filem yang merupakan sambungan kepada Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009) itu adalah filem ketujuh arahan Syamsul dan ke-28 terbitan syarikat produksi keluarganya, Skop Production.

Selain Syamsul, ia turut dibintangi antaranya Nabila Huda, Salina Saibi, Sofi Jikan dan Zizan Razak.

Jalan Kembali... Bohsia 2 bakal ditayangkan di 80 pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 7 Jun depan. - mStar

Elemen Islamik Cabaran Terbaru Filem Syamsul Yusof 10 out of 10 based on 10 ratings. 10 user reviews.
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tiada ulasan:

Catat Ulasan